OOO

Memaparkan catatan dengan label makanan orang kawin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan orang kawin. Papar semua catatan

Isnin, Julai 11, 2011

Penangan Bersih 2.0

Nak ker tak nak pegi? .nak ker tak nak pegi?
Akhirnya pegi juga ke jemputan kenduri kawin kat Bukit Jelutung Shah Alam. Tak sampai hati tak pegi sebab mak pengantin kawan suami masa belajar pastu kerja pulak satu pejabat dengan suami.
Takut nak keluar ikut ke Kuala Lumpur sebab banyak jalan yang di tutup, tak nak tersangkut, sebab masa balik dari ambil anak di LCCT malam Sabtu ada 2 road block dekat lCCT dan persimpangan nak masuk ke Maju Express Way.

Masa sekatan jalan tu, ada yang tak berdisiplin potong barisan, geram sebab polis tak nak saman. Sampai kat umah pukul 3.00 pagi. Menci betullah.
Kami ikut highway DUKE pastu masuk ke highway NKVE, tak kisahlah bayar tol janji cepat sampai. Perjalanan kami lancar tapi bila tiba selepas persimpangan Subang (kalau tak silap) ada sekatan jalan.
Fuhyoooo panjang ooo ..dekat 3km sampai ke persimpangan Batu Tiga. Mana taknya dari 3 lane jadi satu line ajer. Kesiannya sebab akak nampak ada perempuan keluar dari kereta pastu muntah-muntah. Ada yang keluar dari kereta sebab kena matikan enjin dek sebab lama sangat menunggu.

Disebabkan kesesakan yang teruk, mereka terpaksa buka jalan, bagi peluang sape yang nak pusing balik.
Bila dah tenguk camtu mula kami berbincang, cari jalan nak balik semula ke Gombak.
Akhirnya selamat sampai kat Dewan Bukit Jelutung Shah Alam. Lepas habis makan tak lama sampailah kedua pengantin.
cantiknya ole-ole untuk rombongan pengantin lelaki..kat dalam ada cc
Lepas tenguk tenguk pengantin bersanding kami beredar.
Selalunya waktu puncak meja penuh dan susah nak cari tempat nak makan, tetapi tenguklah sendiri berapa banyak meja yang kosong padahal dah pukul 1.00 lebih. Ini semuanya di sebabkan banyak jalan tutup dan ramai yang malas nak datang takut terperangkap di jalanraya.

Kalaulah akak yang jadi mak pengantin mesti rasa risau kan tenguk suasana camni.
Suka dengar pukulan cak lempong ni. Masa kat luar ramai yang berbincang terutama yang balik se mula ke Kuala Lumpur macam akak ni, camnerlah nak cari jalan nak balik ke rumah masing-masing.

Pasang radio sebab nak dengar kat mana jalan yang di tutup dan yang jem teruk, senang nak rancang perjalanan pulang.
Kami menghala ke Jalan Batu Tiga Shah Alam, disebab bila tenguk jalan kat Federal Highway jem teruk, kami ambil keputusan ikut jalan ke Putrajaya pastu masuk pula Maju Express Way.

Keluar kat Jalan Tun Razak, jalan ke Jalan Bukit Bintang pun di tutup, mesti teksi yang bawa pelacung nak ke situ mengamuk tak leh hantar penumpang.

Terus ajer ke Highway DUKE sebab kat Bulatan Pahang ada persimpangan yang ditutup juga takut gak jalan jem. Bila kira duit tol habis nak dekat RM10.00 satu hala. Sabar ajerlah. Suami kata kat driver/manager/Firdaus..

Nasib baik kita ikut jalan yang betul, kalau idak malam baru sampai rumah kot.


Sampai kat umah, anak tanya ..
mak apasal gi umah orang kawin lama sangat?
Ni semua BERSIH 2.0 punya pasal..

Selasa, Disember 28, 2010

Best sungguh gi umah kawin ni

Best betul pergi ke rumah bekas guru mengaji akak ni kat Kampung Jawa, Kelang. Anak lelaki ni anak sulung tentulah majlis perkawinan buat besar-besaran.
Sampai ajer kat khemah hujan turun selebat-lebatnya dan nasib 
baik pengantin perempuan dah sampai.  Kalau idak..tak tau nak kata apa.  Yang best sebab makanan banyak sungguh.  Akak ambil kerabu perut.  Sedapnya.  Tumpi kacang pun sedap sungguh.
Kueh sepit pun sedap.  Pakal perut dah kenyang. Kalau idak boleh habis sebalang tau.
 Ngences tenguk ubi kayu rebus dan sambal tumis ikan bilis
Duta tumpi kacang..oleh sebab sedap akak minta dari mak pengantin nak bawa balik sikit.  Apa nak segan.  Bekas guru  mengaji kat Kampung Puah Hilir dulu.
Trends guna cupcakes..tema hijau..semua hijau termasuk air minuman.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...