OOO

Memaparkan catatan dengan label makanan sedap di pasar chowrasta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan sedap di pasar chowrasta. Papar semua catatan

Isnin, April 29, 2013

Pelbagai Makanan Ada Di Lebuh Tamil Pulau Pinang






Assalammualaikum

Lepas gi jejalan kat  bazaar dan jalan Pasar Chowrasta..perut terasa lapar..tekak terasa kering di sebabkan cuaca yang panas terik.  Tamil Street ni terletak di sebelah Pasar Chowrasta..belah petang dah tak ada orang jual ikan..jadi tak adalah bau-bauan yang kurang sedap terhidu masa akak di situ.
Berpeluh-peluh bila melihat barang seperti baju, key chain dan fm yangada di jual di situ. Bila nampak bermacam-macam air sedap yang di jual kat sini membuatkan kami tak sabar-sabar nak menikmati kesedapan air di situ...lagi-lagi bila tenguk awek ni tengah minum
Sambil suami akak beratur nak beli cendol, akak ralit tenguk penjual ni buat cucur udang..adunan tepung di letak dalam pasu, nak goreng baru diletak taugeh dan sedikit udang.  
 

Erhmmm nanti leh tiru aa cam penjual ni buat.  Nampak cam sedap ajer kueh udang, tahu dan sos yang di taburi dengan kacang tanah tumbuk  ..bekas ni dulu selalu kami guna bila buat agar-agar merah
Kami beli juga samosa dan vadai..baunya bila di goreng memang menaikkan selera.
Orang kata kalau pi Penang, selain dari nasi kandar..kalau tak makan pasembor memang tak lengkap kan.  Ada lagi pelbagai gerai jualan di sini. 

GPS Coordinates : N05 2504.3   E100 1953.6

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...