OOO

Memaparkan catatan dengan label makaroni daging sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makaroni daging sedap. Papar semua catatan

Jumaat, September 13, 2013

Resepi Makaroni Bolognese Sedap

Assalammualaikum


Salah satu menu yang menjadi kesukaan kat umah akak..senang nak buat..sedap di makan.

Bahan
400 gm makaroni  jenama kimball
Sedikit minyak zaitun
Sedikit keju permasen-untuk taburan sebelum dihidang

Caranya
1. Makaroni direbus hingga lembut  Toskan & masukkan sedikit minyak zaitun & gaul rata. Ketepikan dahulu.
Untuk sos
Bahan-bahan
500gm daging kisar
1 tin besar pati tomato (puree)
1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
3 biji bawang putih
2 biji tomato yang besar
1 sudu teh oregano
1 sudu teh thyme garam (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili
2-3 sudu makan minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung


Cara Untuk Buat Sos
1. Potong dadu bawang besar dan bawang putih.
2. Tomato di mesin dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
5. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar dan tomato puree bersama-sama 1 tin air. Masukkan garam.
6. Masukkan juga oregano, thyme dan cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api dan makan bersama makaroni.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...