OOO

Memaparkan catatan dengan label mandi manda desa water park. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mandi manda desa water park. Papar semua catatan

Selasa, Januari 29, 2013

Desa Water Park Kuala Lumpur

Assalammualaikum semua..

Hari pertama bekerja setelah bercuti panjang..akak berkesempatan menghadiri 2 majlis perkawinan..satu depan umah..satu lagi di johor bharu.  Kemudian balik ke kampung suami pula kerana ada majlis sikit kat sana. 

Tak sempat nak jalan-jalan cari makan di sebabkan kesuntukkan masa..cadang nak singgah ke premium outlet pun tak sempat.
Gi Desa Water Park ni masa cuti bulan Julai tahun lepas...dah lama baru buat N3.  Akak beli tiket di Groupon sebab murah sikit dari harga masa beli kat sini.

Pernah pergi ke sini dah lama dah..masa family day office suami. Imran kecik lagi masa tu..umur dia dalam 2 atau 3 tahun.
Kalau gi ke sini ..memang tak lepas kalau bawa bekalan makanan dan minuman..dorang habis selongkar semua beg.  Habis segala pakaian termasuklah yang itu...di keluarkan..takut sangat kita seludup makanan/minuman kat sini.  
 
Ketat bebeno security dorang ni..kalau kat Sunway Lagon dorang kasi gak bawak botol kosong isi air..
Nasib baiklah masa pergi ni orang tak berapa ramai..cuma ada satu family day. 
geng pot pet ..tak kenai pun..jadi dorang peramah..akak pun terlebih peramah
Oleh sebab cuaca panas...berpeluh di buatnya..akak pun merendamkan badan kat sini..Shock Wave..alunan ombak..kalau guna pelampung bestlah..terbuai-buai di lambung ombak..akak cuma duk kat tepi ajer..kadang-kadang celup badan dalam air
Bila dah puas berendam..perut pun berkeronconglah..padahal dah makan dah masa sebelum masuk.  Tak larat nak tunggu waktu petang dah..akak pun beli nasi ayam dan air mineral  di Cafe Seri Rasa cuma ada satu ajer cafe kat sini..tak ada pilihan yang lain
Nasib baiklah nasi ayam ni sedap ..harga sekali ganda dari kat luar..biasalah kan..kalau tempat camni memanglah dorang kena jual mahai...bila makan feeling macam orang kaya jap :)
Bila dah tukar baju tak kuasa nak mandi lagi..tenguk ajerlah gelagat pengunjung kat sini.  Bila ThunderBolt berfungsi..air kat atas melimpah kat bawah..ramai yang duk kat bawah air yang mengalir deras..Imran dan Ira dapat gak naik tunderbolt ni..


Kira oklah sebab tak sesak sangat..pengunjung perempuan tak payah pakai bikini..tu sebab boleh bawa anak pempuan kat sini..naik main apa pun senang..tak macam setengah tempat ..kena ikut peraturan. Kalau tak pakai baju renang tak leh main itu dan ini..leceh tul lah.


Desa Waterpark ,
Taman Danau Desa, 
58100 Kuala Lumpur
Contact: +60 3 7118 8338

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...