OOO

Memaparkan catatan dengan label masakan sotong sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan sotong sedap. Papar semua catatan

Isnin, April 28, 2014

Resepi Sotong Goreng Selasih

As'salammualaikum semua
Dulu pernah buat udang goreng selasih, kali ni masak sotonglah pulak.  
Kalau nak guna ayam ataupun daging ok gak.

Bahan-bahan
7-8 sotong-bersihkan dan potong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dipotong dadu
5 - 7 bj cili padi ~ (tumbuk)
2 biji cili merah (tumbuk)
3 sudu besar sos cili thai
1 biji bawang besar-potong bulat
garam dan gula secukup rasa
segenggam daun selasih
minyak
 secukupnya
 

Cara:
  1. Perap sotong dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng sekejap sehingga udang bertukar warna.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bawang putih bersama campuran cili merah dan cili padi hingga wangi.
  5. Masukkan bawang besar yg dipotong dadu dan biarkan hingga bawang layu.
  6. Kemudian masukkan sos cili thai, garam, hirisan bawang besar  dan sedikit gula secukup rasa.
  7. Masukkan sotong dan kacau. Biarkan masak utk seketika.
  8. Padamkan api dan masukkan daun selasih (tak perlu dihiris) dan kacau.
  9. Angkat dan hidangkan panas2 bersama nasi putih.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...