OOO

Memaparkan catatan dengan label medan selera tepi sungai di kuantan pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label medan selera tepi sungai di kuantan pahang. Papar semua catatan

Selasa, Januari 12, 2010

Jumpa blogger kat Kuantan (sempat jugak tu)

Hari Jumaat  sebelum gi ke Bukit Gambang ...call Ummi bagi tau.... nak singgah  ke Kuantan dan ajak jumpa kat Teluk Cempedak...kononnya nak ambil angin petanglah sambil pot pet..pot pet....pastu janji pulak dengan Aidah..akak ingatkan Bukit Gambang ke Kuantan tu dekat.   Rupernya jauh..dekat nak 30 km ke Kuantan.  Anak-anak mula-mula malas nak gi jejauh sebab dah penat mandi manda..ingat nak terus ajer balik ke Kuala Lumpur.
Tolak dari rumah dah lewat dan sampai kat Bukit Gambang pun dah tengahari..akak call Aidah bagitau tak dapat jumpa sebab takut anak-anak tak puas mandi...pastu call Ummi nak kensel jugak dating kami tu...tapi bila call hp Ummi..anak dia Aiman bagi tau mak dia tak ada kat rumah.
Bila anak-anak dah bosan mandi...dan berkemas nak balik.....Ummi call tapi akak tak ada ...akak tengah gi mandi kat tandas...kami cadang nak gi ajer ke deretan kedai bertentangan dengan TUDM nak beli keropok lekor dan keropok kering kat situ...Akak call balik Ummi nak kensel tapi ..tapi bila Ummi  bagi tau dah beli keropok lekor untuk akak untuk bawak balik...Akak  paksalah  driver akak gi ke stesyen bas lama dekat kat  Kuantan  (tempat perjumpaan..tukar dari Teluk Cempedak ke sini..sebab Ummi kata Teluk Cempedak lagi jauh) dan call jugak Aidah bagitau akak jadi jumper Ummi...nasib baiklah Aidah setuju nak jumpa...elok jugak kan Aidah...dapat berkenalan dengan Ummi yang rajin masak ni kan...
Memang dah rezeki nak jumpa Ummi dan Aidah.seronok lepak kat medan selera  tepi sungai.  Ummi belanja kami semua..alahai kesian Ummi...ramai askar akak tau...
First time jumpa Aidah dan kali ke 2 jumpa Ummi..seronok sungguh kami...bercakap tak berhenti..rugi tau tak berpot pet..pot pet..sebab masa terhad..
Imran kekenyangan makan mee hailam dan air batu campur..banyak sungguh cerita kami bertiga....mak dan anak-anak tak boleh kata apa dah...mereka dah tau akak kalau jumpa blogger tak henti-henti pot pet..pot pet...
lepas makan minum kami ke gerai kat situ..beli keropok lekor dan keropok kering..sajer belikan Yana untuk di bawak balik ke India.  Senyum ajer si Aidah bersama anak kecik dia yang sebaya dengan Imran.  Anak Aidah no 2 pun sebaya dengan Ira.
Anak lelaki akak setia menunggu...kali ni akak relax tak yah drive...ada 2 orang drivers..tu sebab boleh balik hari..kalau idak kenalah cari hotel murah ataupun tumpang tidur umah Ummi atau Aidah..(gurau ajer yer)
Geram dengan Imran ni...akak tak bagi makan keropok ni..dia nak jugak..takkanlah depan Ummi dan Aidah akak nak cubit dia...simpan geram dalam hati..kat umah kenalah sepit ketam...budak-budak kan lagi kita kata tak bagus ...lagi dia suker makan...
Masa ni nak balik nak gi ke tempat parking kereta..mak akak tertinggal kat belakang...anak dia ashik berborak tak ingat dunia....Ummi dan Aidah terus berborak kat situ lepas akak dah balik......
Terima kasihlah Ummi sebab bagi akak keropok lekor dan sos cili ni...budimu di kenang juga...
 
Bertolak lepas solat maghrib....sampai kat Gombak nak pukul 10.15 malam...cari tempat makan sebab semua kelaparan....sampai kat umah nak dekat pukul 11.00 malam..walaupun penat tapi seronok jugak perjalanan yang jauh ni...rasa korang berbaloi tak akak gi ke sini?

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...