OOO

Memaparkan catatan dengan label melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melaka. Papar semua catatan

Isnin, Jun 03, 2013

Percutian Di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka

Assalammualaikum semua

3 hari tak buat N3 di sebabkan ada advertorial yang perlu di siapkan...syukur alhamdulliah ada gak rezeki lagi tahun ni...ashiklah tertangguh nak buat adv tu sebab banyak sangat virus M.
Cuti hari Wesak kami gi bercuti ke Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka . Kali ni seronok sebab semua anak-anak dapat ikut bersama.  Keluar dalam pukul 10.00 pagi...sampai kat area bangi dah mula jalan kejap..berhenti kejap..jalan jem..aduhai sabar ajerlah bila jadi camni.
Nasib baik lepas ajer dari Seremban selepas sangkut dekat 1 jam lebih kena pecut sikit sebab nak kejar solat Jumaat.  Lepas hantar suami ke  Masjid Al-Alami MITC Ayer Keroh akak  gi Mydin  jap  beli jajan pastu lunch kat SR di situ.  Lepas solat hb akak jalan kaki join kami kat situ.
Perut dah kenyang..mata pun mengantuk..badan dah letih...terus ajer ke sini check ini...nasib baik boleh check in awal
Kena beratur cam nak naik bas lah pulak
Padahal nak naik ajer naik buggy ni..kalau tak naik ..masak gak nak sampai ke bilik..bukan senang nak sampai kalau bawak beg banyak. 

Laju tau driver ni bawak..kami anak beranak gelak gelak bila dia konar baring
Akak memang suka suasana camni..sunyi sepi...pagi-pagi bangun dengar kicauan burung ..ala macam duk kat kampung gak..
 
Yang buat tak best jika kat bilik atas ada orang lain terutama yang bawa anak-anak yang suka berlari sana ..berlari sini dalam bilik..
tension akak di buatnya  sebab tempat ni di buat dari kayu..kalau berjalan ..berlari..memang bising. Kat bilik anak akak..lagi teruk ..mereka siap lompat-lompat lagi..mula-mula mereka sabar..tapi bila dah terlampau teruk..anak akak jerit kuat-kuat..terus senyap :).
Padahal mereka dah tampal notis dah..tapi tulah budak-budak kan..bukan reti duk diam..ibubapa yang perlu bagi nasihat.  Kalau ramai duk berehat cam ni best..tak kan terdengar tu semua.  Harga anda boleh check kat website resort ni yer.
Kami ambil 2 bilik..satu bilik untuk 3 orang...nak honeymoon pun tak leh sebab Imran tidur sekali..:)

Puas hati gi sini..sayang nak tinggalkan katil empuk tu..suami akak kata biar bayar mahal sikit sebab nak relazzz ajer bila ke sini..janji puas hati ..




Puaslah angkut iron..konon senang nak iron baju..rupanya ada  disediakan di dalam bilik ..selipar pun ada untuk 2 orang.
Hari kedua pun mereka letak lagi berbagai minuman termasuk 3 tin air dalam peti sejuk. mula-mula ingatkan kena bayar air tin tu..rupanya free.
 Bila gi breakfast atau keluar gi jejalan ke restoran/lobby..kami naik buggy tu..tapi bila orang ramai memang kena tunggu lamalah sikit 



 tapi bila balik akak suka menapak ..suka tenguk persekitaran resort ni..hijau di mana-mana
ok gak..ada macam-macam..puas hatilah..
 
anak-anak akak pun pantang tenguk kolam..kalaulah kaki akak dah baik betul...memang pagi-pagi akak gi jalan-jalan ke sekeliling resort ni..
 
Imran memang tak sabar-sabar nak berenang..tapi tulah..hari Khamis sehari sebelum ke sini, dia jatuh terseret kat jalan masa naik basikal dengan geng budak sekolah..habis lutut, tangan dan jari luka.  
Nasib baiklah tak teruk ...tapi bila mandi manda terasa pedihlah luka tu...biasalah budak lelaki ..jatuh..luka tu perkara biasa
mereka  buat macam-macam aksi..
macam kanak-kanak riang

 sampai orang lain cam pelik lah pulak..
yang besar pun teruja..apa tah lagi kanak-kanak kan
akak tak kisah..janji mereka happy...gelak ketawa..
nama pun gi bercuti
amboi besarnya nganga...nak hilangkan stresslah tu
dah penatlah tu ..balik bilik terus tertidur..kepenatan
 
Lepas mandi manda..pakai ni ajer balik ke bilik
tak yah tukar baju renang tu

 cantik kan waterfall buatan ni
Dah hilang stess kan anak-anak...jom balik..terima kasih suamiku yang menaja percutian kali ini

p/s sayangnya Liyana tak ada di sini...miss you dear :(



Jumaat, Mei 24, 2013

Cuti Cuti Malaysia



Dekat ajer...masih dalam malaysia lagi (kredit pic : google)
cuti bersama keluarga adalah saat yang di tunggu

Rabu, Jun 16, 2010

Masak Lemak Ikan Keli Salai

 pantang suruh posinggggg....macam sape ek..mak dia kot
 Masa balik lepas kenduri kawin sepupu kat Gadek...akak dan adik konon-kononnya berkobar-kobar nak rendam air panas...adik akak siap bawak pakaian ganti lagi..
Tempat memang tak jauh dari umah pengantin...cantik pulak tu...bila tenguk harga nak masuk RM4.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak..langsung semua tak jadi masuk...mahal weiiiiiii...ramai  pulak tu...tak berbaloi sebab hari pun dah petang.  Kalau dari pagi untunglah.


Lebih baik kami gi ke Air Panas di Selayang (Baru RM1.00) ataupun di Hulu Temu (free of charge) tempat yang akak dah pernah...dulu.

Akak paksa Firdaus (dia jadi driver.ayah dia relax)..ikut jalan lama..sebab nak beli ikan keli salai, daging dan burung puyuh.  Nasib baiklah pakcik tu berniaga...tertunailah hasrat dihati.
Semalam masak lemak cili apilah yang sodap...lepas masak bawakkan se ekor buat Ai...dia sibuk nak merasa masakan akak...nak tau sedap tak sedap...tanyalah si Ai tuu.
Orang belah timur sibuk dengan budu...kami belah melaka ni...kalau tak makan cencaluk kira macam dah lupa asal keturunan...berpeluh-peluh makan ni semua...alahai macamana badan tak debab kannnnn.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...