OOO

Memaparkan catatan dengan label motivasi untuk anak remaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi untuk anak remaja. Papar semua catatan

Jumaat, September 09, 2016

Motivasi Pelajar Cemerlang Dr Shukri Abdullah

Assalammualaikum semua


Syukur padaMu ya Allah SWT di atas kurniaan rezeki anak-anak yang sentiasa membahagiakan dan membanggakan selama ini.


Semoga kami semua sentiasa menjadi hambaMu yang semakin tunduk dan patuh atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah ini. 

Jom kita INGAT, HAFAZ DAN PRAKTIKKAN 27 Tips Motivasi Pelajar Cemerlang Oleh Dr. Shukri Abdullah ini : 

1. Kejayaan saya di masa depan, ditentukan oleh tindakan saya sekarang , bukan prestasi saya masa lalu. 

2. Kecemerlangan dan kesederhanaan atau kegagalan adalah pilihan saya. Ya, saya sendiri bukannya orang lain. 

3. Saya boleh pilih untuk memalaskan diri atau merajinkan diri. Semuanya terletak ke atas saya. 

4. Ibu bapa, guru dan kawan-kawan hanya boleh membantu, tetapi saya yang kena bersusaha bersungguh-sungguh. 

5. Samada saya mahu membuka pintu kecemerlangan seluas-luasnya atau tidak, terletak ke atas diri saya sendiri. 

6. Ramai pelajar gagal bukan sebab bodoh tapi sebab melakukan kerja bodoh. 

7. Pilih kawan yang membantu bukan yang membantutkan anda. 8. Pelajar cemerlang mencari jalan, pelajar gagal mencari alasan. 

9. Selagi aku berusaha, selagi itulah aku berpeluang untuk berjaya. 

10. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Lagi banyak saya berkorban, maka lagi baiklah peluang saya untuk berjaya. 

11. Biarlah sakit untuk mendisiplinkan diri daripada sakit menyesal. 

12. Pelajar cemerlang – Faham sepenuhnya Pelajar sederhana – Faham sebahagian sahaja Pelajar lemah – Banyak yang tak difahami 

13. Perbezaan utama di antara pelajar cemerlang, sederhana dan lemah ialah DARJAH KEFAHAMAN sesuatu tajuk atau subjek yang dipelajari. 

14. Rahsia kejayaan pelajar di sekolah: FAHAM APA YANG DIAJAR DI KELAS DAN APA YANG DIPELAJARI DI RUMAH. 

15. Tidak ada pelajar BODOH, yang ada hanyalah pelajar yang FAHAM atau TAK FAHAM. Yang FAHAM pula, ada yang CEPAT FAHAM, ada yang LAMBAT FAHAM. 

16. Lebih baik tidur awal dan lebih baik tidur di rumah, daripada tidur dalam kelas. 

17. Berikan tumpuan dan konsentrasi- JANGAN TIDUR DI DALAM KELAS. 

18. Tukarkan IMPOSSIBLE atau I’M POSSIBLE. 

19. Salah satu sebab pelajar gagal – MEREKA SENDIRI TAK BERI PELUANG KEPADA DIRI MEREKA UNTUK BERJAYA. Kenapa – MEREKA TIDAK PERCAYA, TIDAK YAKIN AKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA DIRI SENDIRI. 

20. KEPERCAYAAN – Sesuatu perkara yang diterima sebagai benar. Ia mungkin benar, ia mungkin karut ! Ia menjadi benar jika kita mempercayainya,WALAUPUN SEBENARNYA IA PERKARA KARUT. 


21. Pelajar yang malas belajar bukan jadi malas sebab mereka sememangnya suka jadi malas. Salah satu punca ialah MEREKA TIDAK MEMPERCAYAI KEBOLEHAN ATAU KEMAMPUAN DIRI SENDIRI. 

22. SIKAP POSITIF (YES, I CAN DO IT) – Meyakini bahawa tindakan yang akan diambil berupaya membuahkan hasil seperti yang diingini. 

23. SIKAP NEGATIF ( NO, I CAN’T DO IT) – Meyakini bahawa tindakan yang diambil berkemungkinan tidak akan membuahkan hasil seperti yang diingini. 

24. Saya mesti percaya bahawa saya akan berjaya jika saya mahu berjaya. 

25. Minda adalah batasannya. Selagi kita dapat membayangkan bahawa kita boleh melakukan sesuatu, kita mampu melakukannya selagi kita mempercayainya 100%. 

26. Maksud Hadith “ Empat perkara yang aku takut berlaku ke atas ummatku”. Pertama – kuat makan Kedua – Banyak tidur Ketiga – Malas Keempat – Lemah Keyakinan 

27. Don’t just talk, DO IT.(Usah bercakap banyak, bertindak sekarang)

Rabu, November 14, 2012

Rahsia Hati Seorang Ibu



Memang tak pernah terbayangkan bagaimana rasanya belajar untuk menjadi seorang ibu sebaik sahaja melahirkan anak pertama.  Betapa bahagianya saat pertama kali melihat tubuh mungilnya, tangisannya yang nyaring membuat hari itu benar-benar sangat bererti untuk diriku.  

Syukur kepadanya kerana  telah memberikan anugerah terindah padaku dan saat itu aku mula berfikir, apakah aku dapat menjadi sorang ibu yang baik untuknya?  


Apakah aku dapat mendidiknya dengan baik dan sempurna?   

Dari seorang anak hingga anak ke lima ianya sentiasa menjadi pertanyaan dalam otak fikiranku.  Aku merasa risau jika aku gagal mendidik anak-anakku dengan cara yang betul.

Tapi aku akan harus berusaha untuk mencuba melakukan yang terbaik demi anak-anak yang telah di kurniakan kepada aku dan suami.

Bukan senang nak membesarkan 5 orang anak-anak, banyak pengalaman pahit manis yang  yang telah aku alami.  Banyak cabaran dan onak duri yang perlu di hadapi.  Dah menjadi satu  kelaziman bila ada saja campur tangan dari ibu mertua yang inginkan menantunya menuruti cara beliau membesarkan anak-anaknya.

Biasalah ibu mertua, mestilah nak ambil tau juga macamana cara kita mendidik anak-anak kita, kerana bagi mereka, mereka lebih pandai dalam cara mendidik anak-anak kerana mereka merasakan telah lebih dulu merasa asam garam kehidupan. 


Walaupun memang tak di nafikan kadangkala cara mereka memang betul tapi mengikut  Kaji Selidik Rahsia Ibu(Mum's Secret Survey) di MSN Parenting Malaysia bahawa 32% ibu-ibu merasa gembira bila ibu mertua mereka telah melakukan kesilapan. 


Rasanya memang betul kot..sebab cara didikan anak-anak di zaman dahulu memang tak sama dengan zaman teknologi yang serba canggih.  Nak buat camner kan..yang baik kita boleh ikut tapi yang kurang sesuai, baiklah di abaikan sahaja.


Tapi cubalah bermanis muka depan mereka sebab takut nanti mereka kecil hati...orang tua memang cepat sensitif kan.
 Anak adalah anugerah, ujian dan amanah kepada kedua-dua ibu bapanya. Tiada yang lebih berharga dalam kehidupan pasangan suami isteri selain dikurniakan dengan anak-anak yang sihat, cerdik, cergas dan cerdas.  Tapi bukan mudah bukan...banyak onak duri penghidupan yang harus kita harungi sebelum mendapat apa yang kita idamkan.

Walaupun ada anak-anak saya yang berjaya tapi saya rasa saya masih lagi tidak berusaha secara bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan anak yang lain.  Bukan semua anak-anak saya mempunyai keputusan yang cemerlang, ada juga ada yang belum menunjukkan kecemerlangan yang saya inginkan. 


Bukan saya sahaja berpendapat sebegitu,  mengikut kaji selidik yang telah di jalankan 70% mengatakan ya, manakala 30% pula mengatakan tidak.


Rupanya ramai lagi ibubapa masih lagi berusaha secara bersungguh-sungguh demi memastikan anak mereka berjaya dengan cemerlang.  Jika anak kurang berjaya tak salah kita membesarkan mereka dengan pengaruh positif, iaitu dengan melebihkan ganjaran seperti kata-kata pujian, perangsang, penghargaan dan hadiah  daripada memberi hukuman (memarahi, mengherdik, mendenda atau memukul).

Bila berkumpul sesama ahli keluarga di kampung, ibu-ibu selalunya bercerita tentang kejayaan anak-anak mereka terutama selepas keputusan peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM.  Tentulah mereka bangga bila anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dan tidak lupa menulis status di Facebook ataupun menelepon adik beradik yang lain memberitahu khabar gembira.  

Dah tentulah bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang kurang cemerlang merasa iri hati kerana semua ibu-ibu memang menginginkan anak-anak mereka lebih bijak dari anak saudara mereka yang lain.  


Saya juga begitu..sedih bila membandingkan keputusan anak yang kurang cemerlang dengan mereka.  Sikap cemburu dengan kejayaan anak mereka mestilah di tanam untuk membentuk persaingan yang sihat dan saya harus berusaha demi memastikan anak-anak saya berjaya seperti mereka.


Dalam kaji selidik yang telah di jalankan sebanyak 76% menginginkan anak mereka lebih bijak dari anak saudara mereka sementara 74% berharap agar anak mereka lagi bijak.  Rasanya semua ibu mempunyai perasaan sebegitu kan.  Tapi semua itu boleh di atasi jika kita terus berusaha bersungguh-sungguh memberikan pendidikan terbaik dengan sedaya upaya.

Daripada sebuah keluarga akhirnya berkembanglah zuriat.  Zuriat yang lahir akan meneruskan warisan keluarga dan keturunan.  Atas faktor hubungan darah dan baka, anak-anak biasanya akan mewarisi fizikal serta bakat daripada ibubapa mereka.  

Daripada pewarisan zuriat yang turun temurun itulah lahirnya peribahasa yang menyatakan, kemanakah tumpahnya kuah jikalau tidak ke nasi.  Atas sebab itulah 46% sentiasa berfikir jika mereka memiliki ciri-ciri personaliti yang baik anak-anak juga akan mewarisi  dari mereka. 



Saya juga mempunyai pendapat sebegitu kerana anak-anak akan menjadi ikon yang baik dan di katakan itu adalah pancaran daripada ibubapa mereka.  Anak-anak selalunya menuruti semua acuan yang baik yang di tunjukkan oleh ibubapa mereka dan mereka mesti mempertahankan imej baik yang telah di tunjukkan oleh ibubapa.


Kepada ibu-ibu yang selalu berfikir bahawa orang lain tahu apa yang lebih dari anda, cuba beri pandangan/pendapat/pemikiran untuk mengalahkan mereka dengan bertindak mengikut tip-tip di bawah ini.
Sebenarnya pemakanan anak yang betul adalah kunci kepada kejayaan/intelek. 

Memberi mereka satu permulaan yang baik adalah paling penting dan memahami fungsi tenaga otak kerana ianya membantu untuk membuat semuanya lebih menarik dalam tahun-tahun awal pembangunan kanak-kanak dan ianya sangat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak.


Glukosa adalah sumber utama tenaga untuk otak dan kerana otak cuma boleh menyimpan tenaga untuk 10 hingga 15 minit sahaja, ia memerlukan bekalan yang berterusan.




Membekalkan glukosa pada  at peak levels selepas pengambilannya dan boleh menyebabkan peningkatan mendadak dalam paras glukosa dan sudden plunge too, menyebabkan keletihan  selepas beberapa ketika.



Untuk mengekalkan tahap glukosa stabil ke otak (as the brain feeds on glucose-carbohydrate), ia adalah penting untuk mengambil makanan karbohidrat kompleks seperti Isomaltulosa, broad peas, brokoli, bran dan sayur-sayuran.


Ibu-ibu yang telah mengambil bahagian dalam kaji selidik yang di jalankan juga bersetuju bahawa anak-anak mereka adalah bijak akibat  daripada  dengan pengambilan makanan mereka secara langsung.

Ini adalah benar dan ia telah diuji secara klinikal bahawa pengambilan makanan tertentu pada tahun-tahun awal pembangunan memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak.

Pemakanan yang baik adalah penting untuk semua aspek kesihatan kita dan terutamanya di kalangan kanak-kanak, di mana otak membangun dengan lebih pantas dalam beberapa tahun pertama mereka. 

Badan menggunakan nutrien dalam makanan untuk menjana fungsi tubuh dan untuk memastikan segala-galanya berjalan seperti yang sepatutnya. 

Begitu juga untuk otak, dengan pemakanan yang betul-ibu bapa hanya mungkin mampu untuk memberi anak-anak mereka "kelebihan" dalam pembelajaran.

 
Ini semua telah saya praktikkan dan alhamdulliah anak-anak saya ada yang telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Bakal seorang Doktor Gigi...insyallah

Ahad, Oktober 02, 2011

Terima Kasih Sahabat Terutama Fareed Sairi

Terima kasih buat teman-teman yang sudi memberi semangat kat Ira dan anak-anak yang lain.  Akak tertarik dengan komen salah seorang teman blogger yang belajar di Australia sekarang ini.
Fareed Sairi seorang adik blogger yang sedang melanjutkan pelajaran di sana.  Tak silap sambung Master (maaf yer fareed kalau salah) .  Akak setuju dengan pendapat beliau.

Sesuai untuk anak-anak dan adik-adik dan juga anak akak.  Renung-renungkanlah.

Salam kak ina, Alhamdulillah, tak ramai ibu bapa cam kak ina skrg...mak ngan ayah saya dulu mmg tak penah kesah saya dapat result bape. tapi kat umah punyalah bising suh belaja (keje saya kalo kat rumah dulu men game dalam bilik je). Tapi tak penah harapkan straight A ke apa. Yg penting, anak dia belajar jadi manusia yang baik.

Ini kata2 untuk anak2 Kak Ina...

Dari kecik sampai ke besar mak ayah tanggung kita hidup dan belajar, adilkah kita kepada keduanya jika kita belajar memain?Setiap kali kita nak enjoy...teringat kah yang kita masih ditanggung mak ayah kita. Camne nak bayar balik? Tak terbayar dah walau hidup selamanya berbakti untuk kedua ibu bapa...tapi jika berusaha mendapatkan result terbaik, belajar menjadi manusia yg berguna, mampu untuk memberi seukir senyuman untuk keduanya. Akan kita usahakan sehabis baik.InsyaAllah, keduanya pun akan gembira.

Belajar hingga dapat straight A atau 4flat memang pandai dan pintar. tapi tak semestinya kita orang yang bijaksana. Jika pandai kita hanya kerana apa yg diajar dan ditulis dalam buku. maka pandai kita adalah pandai palsu. kita takkan capai apa2 dalam hidup dengan kepandaian palsu. Berbeza dengan bijaksana, tak semestinya yang pandai itu bijaksana dan tak semestinya orang yang takda result straight a itu bukan org yang bijaksana. maka, pilihlah untuk jadi pandai dan bijaksana.

Berapa ramai yg pandai2 jadi org jahat?ramai...sebab mereka tak bijak. Org yang bijak adalah orang yang berfikir. Berfikir dan memilih yg baik dari yg buruk. Berfikir tentang hakikat kejadian diri kita, kenapa kita hidup di dunia. Senantiasa berfikir dan berusaha menjadi muslim yang baik...kerana ada 3 amalan je yg di bawa mati...sedekah, ilmu yg bermanfaat dan anak yg soleh-solehah.

Kenapa kita sibuk belajar dan menuntut ilmu? Adakah ilmu itu hanya untuk diletak atas kertas masa exam? pepatah arab, ilmu itu dalam hati sanubari dan bukan dalam buku. Kita menuntut ilmu kerana untuk dapat kerja sahaja?Hakikatnya kita menuntut ilmu agar kita makin dekat dengan empunya ilmu, Allah.

Jika kita nak menuntut ilmu, kita mulakan dengan meminta dari Empunya ilmu itu sendiri, Allah. InsyaAllah ilmu yg kita pelajari akan terus kekal dalam diri :)

Akak memang setuju dengan pendapat beliau ni.  Kalau sape nak bangkang bolehlah komen.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...