OOO

Memaparkan catatan dengan label nasi lemak arshad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasi lemak arshad. Papar semua catatan

Khamis, Februari 03, 2011

Nasi Lemak Arshad

Semalam tak update blog.  Saja nak tenguk kalau tak update ada tak orang sudi baca. Alhamdulliah bila check kat analistik Nuffnang ada 1,000 lebih pengunjung yang datang.  Terima kasihlah yer. Lagipun tengah sibuk menyiapkan tempahan pelanggan sebelum akak nak gi berehat.

Bila balik Segamat hari Sabtu lepas akak ajak suami pergi makan malam kat restoren ni.  Pernah makan kat rumah ayah mertua bila abang ipar tolong belikan masa balik bulan lepas. Tapi masa tu ramailah pulak saudara mara suami yang tumpang tidur kat rumah fil sebab esoknya nak gi kenduri kawin kat Gemas.
Jadi tak leh makan puas-puas , orang kata jamah ajer.  Nasi lemak tu biasa ajer tapi yang best sotong kuah kacang ni...memang kena dengan tekak akak.
Akak belasah makan banyak-banyak sebab nak tunaikan hasrat dihati. 
Siap makan kuah kacang tu lagi.
Kalau sape nak terjah bila lalu bandar Segamat, restoren ni terletak berhampiran Giant.  Nasib baik sempat makan malam tu sebab petang Ahad bandar Segamat banjir.  Rasanya restoren ni kena gak sebab berhampiran dengan sungai. 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...