OOO

Memaparkan catatan dengan label night jungle walk at taman negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label night jungle walk at taman negara. Papar semua catatan

Rabu, Jun 15, 2011

Night Jungle Walk (Taman Negara)


Lepas maghrib, kami keluar makan malam. Sebab lambat lauk banyak yang dah habis. Nasib baik lauk daging dan ayam ada lagi.
Ikut jadual kul 8.00 malam semua dah berkumpul, cam biasalah kalau reramai tu ada yang terlambat.
Bermulalah perjalanan di malam hari menjelajah hutan di Taman Negara. Cuma 1-2 minit ajer menyeberang ke seberang sungai. Memang seronok reramai camni.
Nak ambil gambar kena ada permit, cuma bayar RM5.00 dan masuk ke dalam hutan kena bayar RM1.00.
Setelah di bahagikan kepada 4 kumpulan, kami dalam kumpulan terakhir dan setiap kumpulan ada penunjuk arah. Mula-mula akak tak nak gi tapi tak best pulak tinggal sorang dalam bilik. Dalam hati berdegup kencang gak bila nak jalan dalam hutan memalam ni. Macam-macam yang difikirkan.
Kami di tunjukkan serangga yang ada di dalam hutan di sini. Imran seronoklah tenguk, al maklumlah kali pertama.
 
Kena bawak lampu picit sebab gelap. Anai-anai hutan..Kami di tunjukkan serangga yang ada di dalam hutan di sini. Imran seronoklah tenguk, al maklumlah kali pertama.di busut anai-anai ni ada juga kala jengking yang agak besar.
Ular yang berlingkar kat ranting pokok..kelam kabut ambil gambar sebab takut ular jatuh atas akak. Kecik ajer ular tu..kat bawah sekali, sekali tenguk tak perasan sebab warna lebih kurang cam ranting pokok.
Cuma kumpulan kami yang ternampak kucing hutan dalam posisi hendak menyerang yang berlingkar atas busut anai-anai.
kucing hutan dengan mata memancar dalam kegelapan malam..nasib baik ramai..taklah takut bebeno

ada jumpa species spider yang se besar tarantula.(ambik kat google).akak ada ambil gambar tapi gelaplah pulak sebab ambil dari jauh.Tak berani nak dekat sebab takut...
 Penunjuk arah yang best, lupa nak ambil no..
Kami ke pondok Tahan Hide iaitu tempat binatang menjilat garam. Masa nak panjat tangga ni Imran menangis nak balik sebab takut kot bila tenguk ada rumah dalam hutan. Puaslah akak pujuk dia, ayah dia ashiklah menyakat kata ni rumah mambang tanah, lagilah dia takut.

Dari kejauhan ternampak 2 pasang biji mata yang bersinar dalam kegelapan, dan apabila di suluh kami nampak 2 ekor rusa sedang menjilat air garam. Ada ambil gambar tapi tak clear sebab guna camera murah ajer.
Lega bila dalam perjalanan balik kami melalui jalan Mutiara Hotel Taman Negara. Pengalaman yang membuatkan akak teruja dan penat sampai berpeluh-peluh dibuatnya. Bila sampai balik ke bilik akak suruh semua mandi sebab takut jadi apa-apa.

INFO Taman Negara

* Mula ditubuhkan pada 1939.

* Taman hutan terbesar di Semenanjung dengan keluasan 4,343 kilometer persegi.

* Satu daripada hutan hujan tertua dunia, dengan sebahagian besarnya belum pernah diusik dan masih sama seperti 130 juta tahun lalu.

* Meliputi tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

* Ada kira-kira 10,000 spesies tumbuhan; 150,000 jenis serangga; 25,000 spesies invertebrata, 675 spesies burung, 250 spesies air tawar dan 200 spesies mamalia di Taman Negara.

Taman negara itu berkeluasan 2,477 kilometer (km), diikuti Taman Negara Kelantan (1,043 km) dan Taman Negara Terengganu (853 km).

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...