OOO

Memaparkan catatan dengan label ole ole sarwak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ole ole sarwak. Papar semua catatan

Sabtu, September 28, 2013

Tamu Muhibbah Dan Tamu Khas Miri Sarawak-Macam-Macam Ada

Assalammualaikum semua
Tamu Muhibbah dan Tamu khas ni   terletak di Jalan Padang di tengah-tengah bandar raya Miri .
Akak ajak ajak suami ke sini    Nak tenguk 
apa yang menarik di sini
 Harga sayur-mayur ni lebih kurang macam 
di Kuala Lumpur gak...cuma pisang agak murah
 
  bunga orkid dan pokok buah-buahan pun ada
 yang jual ni semua kat satu bangunan..ada 
macam-macam produk seperti ikan masin, 
ikan terubuk, telur ikan terubuk,  
ikan bilis dan pelbagai barangan kering
Kat sini lagi best..macam-macam ole-ole 
yang boleh kita bawa pulang..ada yang tak 
pernah akak makan dan ada yang sama 
cam kat sini tapi namanya berlainan
 Kuih cincin..agak mahal gak sebungkus kecil..
susah nak buat katanya
 ikan terubuk masin, garam bario dan macam-macam lagi..bolehlah jadi ejen lepas ni
 Akak nak cuba  buat jualan online lah..jual beras bario..ada ker yang nak beli
kat sini macam-macam ada
 
 madu asli..harga ratusan sebotol..ori katanya..hb beli sebab baik untuk kesihatan :)
cantik gak hasil tangan orang kat sini
 
 belacan...gelak makcik ni bila akak nak 
ambil gambar dia tengah ketuk belacan
kat luar pun ada gak jual..rebung dan midin aka pucuk paku

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...