OOO

Memaparkan catatan dengan label onde onde. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label onde onde. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 29, 2010

Resepi Buah Melaka aka Onde-Onde aka Kueh Kelepung

Kalau kat melaka ada yang panggil kueh kelepung.  Anak-anak panggil buah melaka..ada juga yang panggil onde-onde.

Buat buah melaka ni masa Yana masih ada lagi...suruh dia jer gi rebus dan golekkan kat kelapa...akak cuma duduk dan gentel.  Geli hati pun ada masa nak buat buah melaka ni.  Akak rasa akak kata campurkan tepung pulut dengan sedikit garam tapi dia letak gula lah pulak.  

Bila akak tanya ..dah letak garam ker belum?
Garam?  Kan mak kata suruh letak gula?
Biar betul..mak suruh letak garam!
Tak..mak kata suruh letak gula...Yana ingat ni resepi baru mak...
Iyerlah kot...tersilap cakap kot...puasa kan..

Nasib baiklah tak manis tepung tu..kang jadi resepi kueh barulah pulak.

 Bahan-bahan
  • 250gm tepung pulut
  • Sedikit jus daun pandan(3 helai campur air 1/2 cwan kisar..pastu tapis)-kalau malas beli ajer pes pandan chap koepe ..kalau dah guna pes tu tak yah guna lagi pewarna hijau.
  • Sedikit pewarna hijau
  • Kelapa parut yang putih di gaul dengan garam
  • Air secukupnya
  • Gula melaka di potong kecil-kecil

Cara-cara

  1. Gaul tepung dengan air pandan (air pes pandan)  yang telah di tambah garam sedikit.
  2. Jangan lembik sangat yer cukup sampai boleh di bulat-bulatkan.  Kalau tiada air daun pandan boleh gunakan pewarna hijau yang di campur dengan air.
  3. Bentukkan bulat lebih kurang boleh muat masuk dalam mulut.  Masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil di tengahnya dan bulatkan balik. 
  4. Panaskan air  sehingga mendidih. Selepas mendidih masukkan buah melaka dan biarkan sehingga timbul.
  5.  Angkat dan terus di gaulkan dalam kepala parut yang telah di gaul dengan sedikit garam.  Biarkan sejuk baru boleh di makan.

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...