Akak baca kisah ni kat akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 10 Oktober yang lalu. Kisah pasal ruangan Salam Perantau untuk bulan syawal yang lalu dan mana ruangan tersebut di buka kepada semua rakyat Malaysia di luar negara. Bukan akhbar Utusan ajer yang buat..akhbar lain pun ada juga membuka ruangan sebegini walaupun nama berlainan.
Tak sangka pulak ada pelajar di Universiti kat Malaysia sanggup menipu pihak media dengan mengatakan mereka mengirim gambar dari Toronto padahal gambar yang di ambil di Tronoh, Perak.
Apa motif ek mereka nak menipu pihak media..nak tunjuk mereka kreatif ker?
Apa motif ek mereka nak menipu pihak media..nak tunjuk mereka kreatif ker?
Memang di akhbar/media ni tiada syarat yang dipinta bila mengirimkan gambar yang di pinta cuma perlu bersikap jujur dan pastikan maklumat yang di kirim adalah betul.
Tapi tak pernah terlintas di fikiran petugas media yang akan ada sekumpulan manusia yang bergelar pelajar universiti akan mengambil kesempatan menggunakan ruangan tersebut untuk menipu.
Dek kerna kecanggihan teknologi maklumat meningkatkan kreativiti manusia untuk menipu akhbar tersebut dan tak sangka tau yang menipu ni merupakan sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak .
Punyalah mereka berbangga mengirim gambar yang berlatar belakangkan sebuah taman untuk siaran dalam Salam Ruangan Perantauan pada 21 September 2010. Kononnya gambar di ambil di Toronto, Kanada.
Tak patut sungguh di kala umat islam berpusa mereka sanggup menipu akhbar ini dan menerusi ICT juga penipuan di jaja. Tak ingat dosa ker?
Penipuan itu kononnya di dorong rasa meluat terhadap penuntut luar negara yang menghantar gambar dengan latar belakang salji.
Dengan selambanya mereka berbangga diri tidak perlu bersalji dan tidak perlu ke Toronto pun, gambar mereka telah di siarkan.
Kenapa kamu nak dengki dan meluat dengan mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara? Tempat kamu ni pun bukan senang nak masuk tau. Cuma orang yang terpilih, cemerlang dan gemilang ajer yang berpeluang belajar kat Universiti Petronas ni tau.

Ada pulak yang memuji kelicikan serta kreativiti penuntut universiti itu menipu akhbar tempatan. Hebat ker mereka jika mereka berbuat sebegini.
Tak malu ker wahai anak-anak ..kamu telah mendapat tempat belajar yang boleh dikatakan paling bagus di Malaysia ni. Kamu tak bersyukur sebab bukan senang nak masuk ke Universiti Teknologi Petronas, peluang yang telah di beri telah kamu coretkan dengan titik hitam dengan cara menipu sebegini.
Kesian dengan ibubapa, penaja biasiswa dan pensyarah kamu.
nak baca lebih lanjut..gi ke Mingguan Malaysia-Noraini Abd. Razak