OOO

Memaparkan catatan dengan label pemandu lelaki tak berhemah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemandu lelaki tak berhemah. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 06, 2012

Tak Ada Displin Betul!!


Bila bawa kereta kan..mesti mulut kita pot pet pot pet..cam akak ni..kalau tak pot pet pot pet mesti tak sah ..sebab geram tenguk telatah pemandu kereta yang tak berdisplin terutama pemandu lelaki yang muda-muda..nak tunjuk lagak..termasuklah anak akak...

Mentang-mentanglah kalau orang pempuan drive, mesti pemandu lelaki nak  eksyen..

Tadi masa dalam perjalanan balik dari ambil Ira di Rawang, ada pulak kejadian yang melibatkan pemandu lelaki.
Cuba tenguk lori panjang ni..Ikut suka hati keluar dari simpang..dahlah lampu merah ..cara dia memang menghalang  jalan...ingat jalan ni dia yang punya...akak pun pot pet ..pot pet..lah dengan ira dan member-member dia yang tumpang balik .

Cepat..Ira ..ambik kamera..mak nak masukkan dalam blog..
Pandai pulak marah bila akak  angkat tangan marahkan dia....alahai dia dah salah..nak marah orang pulak..siap tunjuk muka tak bersalah pulak tu.rasa nak gi sekeh sekeh muka dia.

Kalaulah ada polis saman dia..akak  lagi suka.
Teruk tul kan pemandu lelaki camni..kita pemandu pempuan gak yang bawa secara berhemah..biarpun suami akak kata..

orang pempuan kalau bawak keta tergedik-gedik...
ala bang...orang pempuan bawa keta memang camtu...sebab sentiasa berhati-hati..

setuju tak korang dengan kata akak tu?

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...