OOO

Memaparkan catatan dengan label pemenang contest utama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemenang contest utama. Papar semua catatan

Khamis, Januari 05, 2012

Baru Dapat Lima Blog Terbaik GA akak

Oleh kerana akak nak pilih 15 orang yang buat N3 terbaik akak bahagikan setiap sponsor pilih 5 blog yang mereka rasa telah membuat yang terbaik.  Kalau akak pilih rasa cam syok sendiri lah pulak, baik bagi kat mereka kan.

Buat masa sekarang cuma Yana Yassin yang baru bagi senarai 5 orang.  Pilihan beliau ialah :-


Laili dan Hazman tengah dalam proses pemilihan.  Harap bersabar yer

Nanti dah cukup 15 orang akak buat cabutan bertuah yer untuk pemenang seramai 9 orang.   Harap bersabar

Sabtu, Julai 30, 2011

Tamatlah GA

Hari ini akak balik semula ke Kuala Lumpur.  Terima kasih buat sape yang sudi join GA akak.  Tepat pukul 12.00 tengah malam pada hari ini 30hb. Julai 2011 akan berakhirlah GA ini.

Akak akan umumkan pemenangnya nanti yer.

Selasa, Julai 19, 2011

Sape Adyshariz Ni Ek?

Adyshariz adalah pemenang GA akak..ala dia menang sebab bagi komen terbaik tentang blog yang yang telah di make over oleh Hisyam. Sebagaimana yang di janjikan akak nak terjah blog dia jap.

Bila buka ajer blog ni terpapar gambar anak lelaki beliau Ady Hariz Bin Abdul Rahman yang lahir pada 29hb April 2009 dan nama glam dia ialah Aisha. Beliau mulai berblogging pada 3hb. March 2010. Kira dah setahun lebih dah ni. Follower agak ramai juga, dekat 1,000, beliau ni rajin update setiap hari.

Beliau memang suka masuk contest/GA dan pernah memenanginya. Pelbagi cerita yang adalam kat dalam blog beliau dan semestinyalah ada cerita tentang cahayamata beliau.

Sape yang ada anak mesti suka bercerita tentang anak semasa mereka. Untunglah kan tak macam akak dulu tak sempat nak ada blog nak cerita tentang anak-anak dari kecil lagi.

Dek sebab akak tertarik dengan N3 beliau yang ini http://adyshariz.blogspot.com/2011/07/papan-tanda-bikin-hati-org-kelantan.html, akak minta izin nak letakkan gambar tu kat blog akak.

Gelak baca kisah yang beliau tulis Blogger pemes kak ina kl nak bagi hadiah..tak pemeslah lagi dik oi.., sebab Adyshariz tak tau pun dia dah menang hadiah GA itu.Puas akak tunggu berhari-hari, lelama akak hantar email kat dia. Maaf sebab lambat hantar hadiah yang di menangi.

Hadiah yang ditawarkan agak menarik.

Jomlah kita terjah ke Adyshariz punya blog ek

Jom tenguk sini

Jumaat, Disember 17, 2010

Pemenang Contest dan Tips Nak Dapat RM

Alhamdulliah sehingga tarikh tutup sebanyak 91 penyertaan di terima. 1 lagi tak di terima sebab dah tamat tempuh. Tak sangkalah pulak ramai yang sudi menyertai GA akak ni.

Sedihnya tak ada yang dapat menjawab dengan tepat. Tapi ada 4 peserta yang hampir tepat. Bila check lagi cuma ada 2 peserta yang meneka paling hampir.

Peserta Pertama




Dan peserta ke 2



Kita tenguk jawapan sebenar.



Pemenang yang hampir meneka dengan tepat ialah http://sakiralicious.blogspot.com/.

Sila hantarkan butir-butir diri ke email akak roslana_06@yahoo.com.my.

Akak nak pot pet pot pet pasal duit nuffnang ni. Bukan senang nak dapat BE sekarang ni. Pasal dah terlampau ramai blogger yang berdaftar dengan nuffnang sekarang. Jadi nuffnang terpaksa gak agihkan kepada yang lain pulak. Takkan ashik nak bagi kat kami ajer nanti orang kata nuffnang racist.

Jika ada BE yang singgah di blog anda, rajinlah blog walking dan upkan trafik. Memang tak boleh kaya dengan BE tapi jika trafik tinggi insyallah merasa gak duit nuffnang. Boleh gak beli top up.

Daripada tahun pertama dulu nak tunggu RM200 lebihmengambil masa setahun tetapi alhamdulliah sekarang ni boleh di katakan setiap bulan ada juga rezeki dari nuffnang. Banyak atau sedikit belakang kira. Kalau di kira semua 7 cek dah lebih dari 4 angka dah.

Setialah dengan satu pengiklan ajer. Jangan sekejap lompat kat sini dan lepas tu lompat balik kat tempat lama.

Update sentiasa blog jika BE sudi singgan dan jika boleh jangan tinggal/menjerit di kotak suara tu tapi pergilah ke ruangan komen. Empunya blog memang suka jika orang komen setiap N3 yang beliau buat pada setiap hari.

Macam akak , insyallah sekarang ni kalau boleh akak akan cuba pergi ke blog yang sudi komen di N3 akak walaupun kadang kala mengambil masa. Di shoutbox tu macam tak ikhlas ajer datang ke blog akak. Memang tak baca kot?

Sekarang ni akak redha ajer kalau tak ada BE sebab tujuan mula-mula berblog untuk bercerita, meluahkan perasaan ibaratnya macam akak menulis diari kehidupan untuk kenangan jika akak tak ada lagi supaya anak cucu boleh membaca kisah akak dan menjalinkan persahabatan.Dapat duit kira bonus kan..

Ada juga orang yang suka memberi komen yang menyakitkan hati tetapi pada pendapat akak jika dia menuding 1 jari ke pada akak sebenarnya 9 jari lagi menuding kepada beliau.

Takkan kita nak layan dan memaki hamun mereka. Jika kita juga mengikut ragam mereka tentu mereka suka sebab kita melayan kerenah mereka dan penulisan sebegitu akan melambangkan keperibadian kita. Tulah titik garam jika kita berblog. Ada orang suka dan ada yang tak suka.

Akhir sekali terima kasih buat semua yang sudi masuk GA akak ni. Insyallah jika ada rezeki lagi akak buat lagi yer.

Selasa, November 02, 2010

Suzie Miles of Smile

 Suzie ni pemenang pertama contest akak yang baru berakhir pada 22hb. Oktober 2010 yang lalu.  Salah satu janji/hadiah ialah terjah blog beliau. 

 Maaflah yer suzie sebab akak baru nak terjah blog kamu..disebabkan macam-macam hal yang terjadi akak baru ada masa nak buat N3 pasal kamu.

About Me

My Photo 
Bila tenguk kat side bar kanan ni lah serba sedikit tentang tuan punya blog.
  • Nama Mama Zharfan (akak panggil suzie ajer) sekarang ni  belajar di  Nottingham, United Kingdom.
  • tengah study PhD under IP law (undang2 intelek)
  • Mula berblog pada tahun  21 Disember tahun 2007.  Berhenti kejap.  Pastu aktif balik.
  • Mempunyai 2 orang anak lelaki.  Yang besar
  • Yang besar nama dia Zharfan dan yang kecil Ahmad Ariff Shah
Bacalah luahan hati seorang isteri dan ibu yang terpaksa berpisah  dengan orang yang tersayang disebabkan beliau meneruskan pengajian beliau di sana .
http://suzie284.blogspot.com/2008/03/our-sweetheart.html

Sayunya membaca coretan tentang rindunya beliau kepada anak kesayangan Zharfan yang di tinggalkan di Malaysia.  Baca kat  http://suzie284.blogspot.com/2008/01/time-is-getting-closer.html
 
Lama mendiamkan diri selepas pulang ke Malaysia..rupanya beliau telah ada seorang lagi anak lelaki bernama  Ahmad Ariff Shah yang di lahirkan pada 15/4/2009. 
Senang hati suzi bila permergian beliau kali ni di sertai oleh suami dan 2 orang anak tercinta.  Barulah beliau tenang nak belajar. 

Seronok gak baca kisah beliau ni...dalam blog beliau ada kisah dia masak, gi berjalan, kisah hidup di sana dan kisah anak-anak beliau.

Memang akak salute lah dengan Suzie ni...boleh di katakan kalau orang buat contest semua dia join.  Menang tak menang lain cerita.  Tapi memang selalu beliau menang.
 
Glam gak sebab pernah masuk dalam majallahParenthood mag Jan 2010 Issue - Stars of Pureen 
Ada gak terselit tentang be Nuffnang yang telah beliau dapat setakat ini..
 

Boleh di katakan dalam N3 beliau ni banyak N3 contest dari kisah beliau.  Gigih sungguh beliau masuk macam-macam contest.
Dan salah kejayaan beliau bila menang contest yang akak anjurkan.

Dan akak terharu bila Suzie tulis macamni...http://suzie284.blogspot.com

Terima kasih buat Suzie yang join contest akak dan tahniah yer.

Jomlah kita terjah ke blog http://suzie284.blogspot.com

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...