OOO

Memaparkan catatan dengan label pengalaman buruk naik air asia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman buruk naik air asia. Papar semua catatan

Khamis, Februari 02, 2012

Mimpi Buruk Bersama Air Asia

Sebelum akak cerita ceriti, akak nak cerita dulu pasal hal yang tak diingini terjadi kat akak kali ini.

Aduhai apalah malang nasib akak kali ni bila terjadi perkara macam ni.  Nak kata tak minta restu suami..tak mungkin sebab akak dah minta izin lama dah..sebelum pergi dah bersalam dengan suami.

Bertolak dari rumah lebih pukul 4.00 pagi, tumpang naik kereta member ke sana.  Kami pergi seramai  20 orang pada 28 Januari lepas, penerbangan pukul 7.50 pagi.  Semua beg di masukkan secara grouping. 

Sampai di sana lebih kurang jam 8.00 pagi (awal sejam), bila lepas imigresen di sana, nak ambil beg.  Beg geng yang lain dah ada, beg akak tak ada...wah paniknya bila dah jadi cam ni.  First time jadi mestilah gelabah.  Geng yang lain pun tolong cari takut ada orang terambik..akak pulak kena gi ke bas yang parking jauh giler.
Rush..tapi taklah rush mana pun
Dorang suruh buat report kat pejabat Air Asia kat situ, di janjikan beg akan sampai pada petang nanti dan akan di hantar ke hotel.  Lega sikit tapi agak penat sebab ke sana ke mari cari beg...tapi agak penat ke sana kemari disebabkan hal beg ni.

Dah petang pergi ke kaunter hotel, beg masih tak ada.  Masih boleh bersabar, tapi petang tu gak  kena beli baju tidur sebab akak dah jadi sehelai sepinggang.  Kena beli bedak, losyen, ubat gigi, cream muka dan macam-macam lagi (padahal semua akak ada bawak dalam beg) sabun pencuci dan downy sebab nak kena basuh baju yang akak pakai.
Masih senyum lagi sebab ingatkan beg akan sampai pada petang hari.  

Bila beg tak gak sampai, terpaksa buang duit beli baju untuk di pakai esok hari pada malam tu gak. Memang nasib akak baik sebab senang jumpa baju akak..al maklumlah badan kan besar...akak beli dekat penjaja depan tempat kami makan malam.

Korang leh bayangkan macam mana kalutnya kena basuh seluar, baju dalaman pada malam tu.  Seluar tak beli lagi pada masa ni sebab tak jumpa saiz yang sesuai kat area hotel.

Seluar pulak tak leh basuh kat pinggang sebab takut tak kering, terpaksa basuh kat bawah ajer.  Nasib baik kering pada pagi hari sebab akak tak gunakan seluar tebal..kalau idak masaklah jadinya.  Jadi pakailah balik seluar tu pada hari ke dua.  Tudung merah tu akak tak basuh..pakai ajer siang dan malam.
Hari kedua pun beg masih tak ada lagi, ketua rombongan Kak Ramlah marah kat dorang..  dorang kata ok..ok..ok..nanti hantar petang.  Hari ni akak terpaksa juga cari seluar, kain batik dan barangan dalaman  (kebetulan tengah ehem ehem)..nasib baik ada simpan 3 helai dan pampers dalam beg kecik yang akak bawak naik atas.  

Faham ajerlah bila dah time cam tu memang kena guna spender yang banyak.  Baju dan seluar kena basuh lagi malam tu...baju tidur gunakan baju yang akak beli hari pertama.

Seluar susah nak cari saiz akak sebab kat sini badan dorang slim sangat, bila ada akak beli tapi tak cuba kat situ, bila sampai kat bilik, macam buruk ajer pakai sebab seluar tu fit kat kaki.  Akhirnya terpaksa tukar ke saiz anak akak ajer sebab dorang tak nak bagi wang balik.

Tak selesa pakai akak terpaksa basuh lagi seluar yang akak guna tu.  Tudung pun akak terpaksa beli baru sebab dah rimas ashik pakai tudung tak basuh..terbang lagi duit.

Pagi hari ke tiga beg masih tak sampai lagi,  akak dah malas nak call dah.  Bila bas sampai driver (pihak Air Asia ambil no hp dia) kata..beg akak dah jalan sampai ke Filipina dan akan sampai pada petang hari.

Akak dah malas nak fikir dah.Kami gi jejalan sampai petang..dalam jam 6 petang bila lepak kat dalam bilik, dorang bagitau beg baru sampai..padahal esok dah nak balik dah. 
Bila pegang pemegang beg dah jadi camni..hendak tak hendak terpaksa isi barang dalam ni.  Nasib akak baik gak sebab sebelum beg sampai akak ada bawak 2 beg lipat yang di masukkan dalam beg kecik yang akak bawak.
Kulit beg dah terkopek dah..hermmm geramnya.  Pasal beg ni akak tak enjoy nak gi bercuti kali ni..malam ashiklah teringat gi mana beg ni.

Duit budget pun terlebih sebab beli barang yang sepatutnya tak yah beli.  Nasib baik gak akak sorang..kalau hb ikut lagi haru kan..kena beli untuk 2 orang...kalau ada baby lagi haru kannnn

Akak dah buat report nak minta gantirugi..tak taulah dapat ker idak?

p/s korang pernah tak jadi camni?


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...