Pasaraya My Agro Hypermart terletak di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor...kalau nak pergi tuju ajer ke Hospital Serdang..nanti akan nampak papan tanda ke sini.
Kebanyakan produk y yang dijual di pasaraya My Agro Hypermart adalah 60% produk usahawan IKS dan 40% adalah FMCG/super brand. Semua produk yang dihasilkan memang berkualiti.
Pasaraya My Agro Hypermart yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) merupakan pasaraya produk IKS tempatan yang pertama di Malaysia di bawah kelolaan Pemandu, Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Ianya ditubuhkan sebagai platform bagi membantu para usahawan IKS melebarkan sayap perniagaan ke satu tahap yang lebih baik.
Ianya ditubuhkan sebagai platform bagi membantu para usahawan IKS melebarkan sayap perniagaan ke satu tahap yang lebih baik.
My Agro Hypermart juga menawarkan urusniaga yang telus dan memastikan tawaran harga 30% lebih murah berbanding pasaraya-pasaraya lain.
Sambil melihat produk yang di jual di sini, kami tak melepaskan peluang merasa produk yang di promosi di sini
biasalahkan..mestilah nak rasa dulu baru beli ..
akak mencuba dengan penuh gaya
tak rugi membeli produk ini..dah rasa terus beli
akak rekemen korang beli cheese cake ni..memang sedap
Model Mr Tempe
Kalau lalu lagi kat sini bolehlah beli lagi. Berbaloi-baloiiiiii
