OOO

Memaparkan catatan dengan label perbelanjaan sekolah anak-anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perbelanjaan sekolah anak-anak. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 06, 2012

Wow Banyak Gak RM Keluar Bila Awal Tahun

 suka tenguk budak darjah satu sebab sorang pun tak menangis..chaiyokkk
Hari Rabu lepas gi ke sekolah Imran..macam biasa akak yang uruskan tentang hal persekolahan anak-anak.  Encik suami cuma hulurkan RM dan akak yang pergi sekolah Ira dan Imran untuk membeli buku tulis dan membayar apa yang patut.
Imran dah masuk tahun 5..fuhhh tahun depan kena 
hadapi periksa UPSR dan PSRA.  Tahun ni tak bolehlah main-main lagi
 Beli buku tulis ajer dah dekat seratus
Oleh kerana Imran bersekolah dari jam 7.30 hingga 4.00 petang, pihak sekolah ada menyediakan makanan tengahari.  Bayaran termasuk yuran dekat RM300.00

Sekarang ni kalau nak bayaran makan kat asrama mereka tenguk gaji..kalau gaji lebih dari RM5000 kenalah bayar lebih.  Dobi kena bayar RM100.00, buku RM50.00 dan PIBG RM122.00.  Yuran yang dihapuskan cuma RM53.00 sahaja

Bila di campur jumlah mereka berdua makan gak ribuan ringgit termasuk beli baju, kasut dan sebagainya.  

Alhamdulliah kami bersyukur sebab kami mampu.  Macam manalah agaknya ibubapa yang tak mampu..tentu mereka bergolok bergadai nak menyekolahkan anak.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...