OOO

Memaparkan catatan dengan label perencah mee bandung de muara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perencah mee bandung de muara. Papar semua catatan

Jumaat, April 12, 2013

Mee Bandong De Muara

Assalammualaikum

Kat rumah akak ni anak-anak dan suami memang penggemar mee bandung.  

Akak selalu guna jenama Sernan bila buat mee bandong..akak tak pandai sangat nak buat sendiri pes ni.  Kadang-kadang kalau makan kat kedai buat sakit hati ..ada yang rasa cam kuah tomato tak pun cam kuah entah apa tah.  
 
bila gi kedai runcit kat Greenwood terjumpa pula perencah jenama ni pula. Sajer nak test sedap ker idak ... terus beli paket besar dan beli bahan-bahan yang di perlukan.
Kalau nak ikutkan resepi kat bungkusan cuma buh air rebusan daging, akak lebih suka goreng dulu bawang merah dalam 2-3 biji yang di hiris halus baru masukkan air rebusan daging.  Buh telur sebiji, udang dan sotong biarkan merenih, masukkan sawi dan taugeh.

Taburkan hirisan tahu goreng, bawang goreng, daun sup dan daun bawang..perah jus limau kasturi
sikit..fuh..sedappp...pes yang ni ada rasa kacang tanah....tak yah makan kat kedai lagi.  Jimat belanja kan..al maklumlah sekarang kalau makan kat kedai anak beranak keluar gak berkeping-keping duit merah tu.


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...