OOO

Memaparkan catatan dengan label pizza tortilla. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pizza tortilla. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 12, 2013

Pizza Tortilla - Tortilla Pizza

Assalammualaikum dan salam ramadan

Dah fikir nak masak apa?  Hari ni akak masak nasi lemak, sambal udang dan ayam goreng berempah sebab semua anak ada kat umah.  Ayam berempah kena perap lama barulah ada umphh.
Kadang-kadang buntu fikir nak breakfast apa kalau anak-anak dan suami cuti.  Nasib baiklah ada lebihan sardin dan sos spagheti.
 Kebetulan ada 5 keping tortilla 
dan keju mozarella dalam peti sejuk. 
Terus buat pizza..basenya kulit tortilla..ambil sos spagheti ataupun sardin yang telah di letak sedikit mayonis, lada hitam dan sedikt garam.
suka hatilah nak letak cili banggala, hirisan tomato dan bawang besar yang di hiris bulat..kalau suka boleh gak buh hot dog dan crab stick.  

Bakar dengan suhu 180 - 200 dalam masa 10-15 minit...akak suka guna pan pizza camni.Menjadi kesukaan anak-anak
sekali-sekali perasan jadi omputih kejap..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...