OOO

Memaparkan catatan dengan label pru14. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pru14. Papar semua catatan

Selasa, Mei 08, 2018

LAWAK PILIHANRAYA UMUM (PRU14)

Assalammualaikum semua

Bila baca lawak lawak pru ni memang menghiburkan hati.  Siapa yang di pilih esok akan menentukan corak pemerintah 5 tahun akan datang.

Semua akak ambil dari group whatapps dan facebook..seronok dengan lawak ni














Termenung sambil mengadap almari baju..
Esok nak pakai baju warna apa ek.. ๐Ÿค” Tu belum masuk lagi warna tudung lagi.. ๐Ÿค”๐Ÿค” Alahai.. #DalamDilema sungguh aku macam ni..
Eh!Dah kenapa aku kali ni..? Lima tahun dulu takde nak fikir pasal warna baju apa yang nak dipakai pun.. ๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค” Hadoii..
Lagi satu..
Aku dah terlalu biasa buat tanda  ni je.. Tanda  ni tak biasa malah jarang guna. Aku harap esok tak salah guna tandalah hendakNYA.. ๐Ÿคจ
Satu lagi..
Kepada kawan-kawan lama yang mungkin akan terserempak dengan aku di pusat mengundi esok, jangan tegur mengata aku dah gemuk pulak. Aku sedar aku dah tak #PerasanSlim la ni tapi jangan kata aku gemuk.. aku takut aku ter muka kau nanti..๐Ÿ˜œ

Khamis, April 26, 2018

RESEPI KARI KETAM TUMIS DARAT YANG SEDAP

Assalamualaikum semua

Makin dekat semakin banyak pulak kata mengata dalam dunia politik.  Naik geram bila ada yang membodohkan dan memaki hamun sesama orang islam.




Suka sangat membodohkan orang lain padahal diri sendiri bukannya pandai pun. PRU 14 ni banyak orang menggunakan medium sosial media demi mendapatkan perkembangan terkini.

Belum lagi penamaan calun, dah mula netizen berbalas komen di mana, dah tentulah mereka penyokong tegar tak suka bila parti mereka di kecam.


Selalunya akak suka masak lemak cili api ketam campur nanas, kali ni nak tukar selera pulak.  Kebetulan rempah kari ikan yang beli kat Kepala Batas ada lagi, dah tentu kari lagi umphh.

Ada dua cara masak camni, ada yang suka lebur ajer rempah kari dalam rebusan ketam, akak lebih suka tumis dulu bawang, halia dan rempah, lagi kaw rasanya.


Berdasarkan pengalaman otai-otai dalam bidang masakan, masak kari ketam cara tumis darat ebih sedap daripada cara tumis biasa di sebabkan aromanya lebih wangi.

Bahan utama dah tentulah
4 ekor ketam
1 cawan santan pekat
2 sudu besar rempah kari ketam/udang/ikan
minyak secukupnya
air 2 cawan
2 biji cili hijau
garam

Bahan tumbuk
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

Bahan tumis darat

1 sudu kecil halba
1 tangkai daun kari
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang merah-hiris
1 biji bawang putih-hiris
3 cili kering-optional
minyak untuk menumis


Cara-caranya:
1. Buang kulit ketam dan basuh ketam,
2. Masukkan ketam dan air di dalam periuk dan biarkan mendidih.
3. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan rempah kari bersama sedikit air, gunakan api perlahan sehingga terbit minyak.
4. Bila mendidih masukkan santan, cili hijau dan garam.
5. Panaskan minyak di dalam kuali dan umis bahan-bahan tumis darat sehingga garing. 
6. Tuang bahan-bahan tumisan tadi di dalam kuah ketam. Tutup  periuk agar bau aroma  bahan-bahan tumisan bercampur dengan kari ketam.
7. Kacau rata sebelum di hidangkan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...