OOO

Memaparkan catatan dengan label putrajaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label putrajaya. Papar semua catatan

Rabu, Julai 14, 2010

Gathering Gengbloggers Dalam Akhbar Kosmo Hari Ini

Walaupun selsema, sakit tekak, batuk dan demam...sampai tak ada mood nak update blog...tapi bila ada seorang pembaca blog akak bagitau kat shoutbox yang bernama CB bahawa  gathering gengbloggers masuk dalam suratkhabar Kosmo pada hari Rabu 14hb. Julai 2010...hilang semua penyakit tu..terus merempit gi ke kedai semata-mata nak tenguk muka kami semua.
Gambar kat paper macam tak cantik sikit..betul tak..
ehmm disebabkan akak yang paling besar...semua orang boleh perasan kot...
gambar sebenar..lagi cun kot....
Orang kuat yang telah bertungkus lumus menjagakan perjumpaan pada 10hb. Julai di Taman Cabaran, Precint 5, Putrajaya...mereka berdua ni student overseas tau...bukan calang-calang orang..nak borak pun segan...Joe ataupun nama sebenar Mohd. Faridzul Asyraf pelajar di UK dan Ariff Shah
gelak besar bersama Ariff Shah pelajar Institut Penerbangan Russia
Walaupun tempat perjumpaan ni memang tempat jin bertendang, tiada pengangkutan dan jauh dari rumah akak...tapi akak dengan penuh bersemangat..pergi juga.  Bukan senang nak jumpa reramai macam ni....

Kata Ariff Shah dalam Kosmo.......

laman gengbloggers.com masih baru di internet.  Ia merupakan laman komuniti yang lebih menggunakan bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris.  Pendaftaran juga adalah percuma kepada mereka berminat menyertai gengblogger.com.

Penganjur perhimpunan Gengblogger, Mohd. Faridzul Asyraf Mat Arifin

ahli laman gengblogger.com terdiri daripada blogger yang menulis pelbagai genre  termasuk politik, kisah hidup, usahawan dan banyak lagi.

Bagaimanapun kebanyakkan blogger yang terdapat di laman web ini tidak pernah bersemuka sebelum ini dan berkomunikasi secara maya sahaja.

Perhimpunan yang diadakan buat pertama kali ini adalah untuk mengeratkan lagi persahabatan dan bertukar pendapat mengenai laman blog masing-masing.

Kredit: Kosmo

Ahad, Julai 11, 2010

Best Ker Gathering Gengblogger Kat Taman Cabaran Putra Jaya

 Semua yang pernah masuk untuk ping blog ke Gengblogger tau semalam 10hb. April merupakan perjumpaan pertama geng bloggers di Taman Cabaran Presint 5 di Putrajaya.
Pendaftaran...ambil gambar dari  blog http://joegrimjow.blogspot.com/
joe  yang bekerja kerasAkak datang taklah terlampau cepat dan terlambat...so..so...ajer..masa tu baru ajer bermula acara memperkenalkan diri.
 memperkenalkan diri..segan tau..
Kushyuk mendengar penerangan dari juruacara majlis 
 dengan Kujie...satu kumpulanlah pulak
gaya ratu cantik pada hari itwww..
 kena buat aksi senyap..kena buat aksi bola tampar..ramai yang hadir ialah student ...yang lelaki handsome dan perempuan pulak cun...rugi sape tak hadir
Tabik lah dengan si Shukur
wartawan Kosmo pun datang buat liputan...
katanya hari Rabu story ni keluar..
 gambar yang diambil sebelum ramaiyang pulang sebelah tengaharilepas tu acara makan dan santai..dengan tak malunya akak pun menyantap dengan penuh sopan santun padahal cuma bawak perut ajer..malu weiiii
Lepas makan dan minum..ada yang tidur, baring, bergambar dan borak-borak..dalam pukul 3.00 petang sessi kongsi-kongsi rahsia bermula.. Mendengar tip-tip dari blogger famous Kujie..nantilah akak cerita ek..
berkongsi rahsia ...nak tau ker????
 mendengar dengan penuh perhatian
Kami yang happy walaupun seharian di sanabiarpun terlambat tapi darkbatman tetap hadir bersama manager dan setiausaha dia
Aksi terhebat dari lelaki sejati di sana..ada yang single dan ada yang berpunya
 aksi terlampau
Yeaaa best dapat jumpa semua..

Terimakasih sebab Joe sudi membuat majlis ni..ada gambar yang akak ambil dari blog dia.  Insyallah nanti akak akan ceritakan pasal serba sedikit ilmu masa kat sana.


Nak tenguk lagi gambar pergi klik sini yer http://www.facebook.com/?ref=home#!/photo.php?pid=4991779&id=527256331&fbid=408837516331

Jumaat, Julai 09, 2010

Jomlah Join Gathering Geng Blogger

 Mula-mula nak buat kat Taman Tasik Putra kat Putra Jaya..tapi dah ada perubahan di sebabkan masalah teknikal.

Akan di adakan di Putrajaya Challenge Park.



Aktiviti

Nama : GengBlogger Gathering
Tarikh : 10 July 2010
Tempat : Putrajaya Challenge Park, Presint 5, Putrajaya (Rujuk lampiran 1 untuk peta)
Masa : 9 am hingga 5 pm
Tentatif :
9.00-10.00 am : Pendaftaran peserta
10.00-1.00 pm : Aktiviti luar Blogger
1.00-3.00 pm : Rehat, makan dan solat
3.00-4.00 pm : Perkongsian dari senior blogger
4.00-5.00 pm : Sesi bergambar
(Rujuk lampiran 2 untuk senarai penuh)






Lampiran 1 - Peta ke Lokasi Gathering GengBlogger

1)Bagi yang menaiki kereta, boleh menggunakan peta dibawah ini (dari Putrajaya International Convention Center (PICC), boleh ikut laluan ini)




2)Jika menggunakan kemudahan awam dari Kuala Lumpur
Bas - Menaiki bas rapid KL (rujuk sini) ke Putrajaya sentral
ERL - Menaiki ERL di KL Sentral ke Putrajaya Central. RM 18 return
Di putrajaya central, akan ada perkhidmatan yang akan mengambil anda untuk ke tempat program. Sila telefon/msg ke no ini 0169640972 selewat-lewatnya pukul 11.59 malam pada 9hb 7 2010 jika mahu menggunakan perkhidmatan ini.




Lampiran 2 - Tentatif program

9.00-10.00 am :
Pendaftaran peserta
Semua peserta termasuk tetamu yang hadir dikehendaki mendaftar nama untuk tujuan dokumentasi di tempat yang akan disediakan disana. Bagi yang telah menempah dan membayar baju, boleh menuntut baju anda di meja pendaftaran dan kepada yang ingin membeli baju (1st come 1st serve), juga boleh membelinya disana.


10.00-1.00 pm :
Aktiviti luar Blogger
Blogger-blogger akan berkumpul di suatu tempat untuk tujuan ice-breaking dalam satu kumpulan besar. Selepas itu semua peserta akan membentuk 3 kumpulan kecil untuk memulakan aktiviti dalam sukaneka. Sukaneka ini sesuai untuk semua lapisan umur bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara blogger-blogger. (tiada lari-lari, tiada tension-tension, hanya FUN)


1.00-3.00 pm :
Rehat, makan dan solat
Untuk makanan, Gathering GengBlogger kali ini hanya menyediakan minuman percuma (terhad) dan sedikit makanan ringan. Untuk makanan berat, boleh membawa sendiri makanan dari rumah (pot luck) dan ada juga jualan di cafe PCP (duit sendiri). Pihak kami sangat mengalu-alukan untuk setiap blogger membawa makanan sendiri agar kemesraan lebih terasa. Ruang solat disediakan dan kain sembahyang bagi perempuan adalah tanggungjawab masing-masing.


3.00-4.00 pm :
Perkongsian dari senior blogger
Gathering GengBlogger kali ini menjemput penulis di kujie2.com (kak jie) untuk menyampaikan perkongsian bagaimana mahu berjaya di bidang blog. Perkongsian berbentuk 'sempoi' ini dilakukan secara informal dan mana-mana blogger yang ingin berkongsi, boleh gunakan kesempatan sesi ini untuk berkongsi. Akan ada juga sesi soal jawab mengenai alexa dan pagerank dari Ariffshah.com (ariff shah).


4.00-5.00 pm :
Sesi bergambar
Semua blogger akan berkumpul dan mengambil gambar kenang-kenangan.


Lampiran 3 – No untuk dihubungi

Jika berlaku sebarang masalah atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi

joe – joegrimjow@gmail.com (0169640972)

Untuk lebih detail ke sini yer http://joegrimjow.blogspot.com/ (KLIK SINI AJER)


Kalau tak pergi rugi..sebab  boleh jumpa blogger satu malaysia..

akak ni di antara 2 persimpangan...antara family dan blogger..ishhhhhh fening..

Khamis, Julai 08, 2010

Menjengkit seharian (cerita pasal penat semalam)

Semalam penat sebab..
Dari pagi keluar hantar Imran ke sekolah...pastu dalam perjalanan nak ke Putrajaya..biasalah jalan jem arah nak ke Kuala Lumpur....perut pulak lapar ..ajak anak isi  perut  kat sini dulu..ala kat nasi lemak Tanglin kat Jalan Cenderasari....sebab kat Putrajaya tak tahu mana nak cari makan..
 bukan akak ajer shopping..cik abang ni pun sama..penuh  2 tangan
Kebetulan ada pulak Pasar Tani ...apa lagi..dompet tengah tebal..semua nak di beli...beli cempedak, pisang tanduk, umbut kelapa, nanas dan  segala macam kerepek....nasib baik Russhdi kata....

Dah mak..jomlah pergi cepat...nanti terlambat...

kalau idak mesti lagi keluar duit akak..nasib baik tak beli segala udang dan ikan kat situ..takkan nak beli sebab nak gi jalan jauh...nanti busuk pulak ikan tu.
Gi ke Putrajaya sebab nak buat passport anak sulung akak ni..pejabat imigrisen sebelah istana kehakiman  kat Presint 2..sesat barat dibuatnya sebab tak tahu jalan..

Dia tak boleh buat kat Wangsa Maju sebab special kes...(hilang passport).kena gi ke Hq samada ke Putrajaya ataupun ke Pusat Bandar Damansara..malas nak gi ke PBD tu...parking mahal pastu tpt tak selesa.

Masa Russhdi call... pegawai kat situ mula-mula  kata pergi  kat Presint 14..pusing-pusing cari tak jumpa...tanya dengan pengawal kat Blok D  dia kata dekat dgn mydin...cari-cari tak jumpa..tanya lagi orang kat bank..barulah jumpa tempat tu...rupernya  pejabat imigresen tu baru ajer di buka..ramai orang tak tau.

Bila sampai dan tanya  dengan pengawal kat situ..kat sini boleh ker buat passport baru kalau hilang..dia kata boleh..akak pun parking.  Tapi dah masuk kat dalam pejabat imigresen..dia kata tak boleh...terpaksa  juga kena buat  kat HQ kat Precint 2..Aduhai..geram tul..
Keluar balik dari tempat parking dan terus tuju ke Presint 2...Sampai kat sini dah pukul 11.00 lebih..nasib baik semua dokumen dah lengkap...tu pun kena ambil masa jugak nak buat ...sebab tunggu no naik...passport dia dulu nak tau hilang kat mana?

Hilang kat Jakarta pada tahun 2005..baru tahun ni baru nak buat...Nanti akak cerita camner boleh hilang yer.
Bila  dah settle..Russhdi bagitau kena penalti RM300.00...mak datuk mahalnya..sabar ajerlah..kena pulak tunggu 1 jam baru boleh siap...
akak pun ambil kesempatan jumpa member Amy yang kerja kat area sini..sebab nak ambil fridge magnet dari Jepun yang akak kirim tahun lepas.

Kalau tak posing mesti tak ada kenangan..jadi mestilah posingkan..walaupun orang pandang..apa kami peduli..lepas tu  gi makan..pusing balik ke pejabat Imigresen...sampai kena tunggu lagi sebab office buka balik pukul 2.00 petang...sabar ajerlah

 
Nak dekat pukul 3.00 baru siap semua..dengan hujan lebat kami pulang semula ke Gombak..terus ambil Imran kat sekolah..dan balik terus lepak..
Malam akak goreng nasi goreng kampung  stail akak..tumbuk cili api sebanyak  yang suker dengan bawang putih dan ikan bilis.   Goreng sikit ikan bilis dan bawang kecil.  Toskan.

Pastu tumis bahan tumbuk tadi..masukkan kicap cair dan sos tiram bersama lada putih..pastu masuk nasi...kacau-kacau ...rasalah..kalau tawar masukkan garam...guna api besar...kacau-kacau sampai nasi garing  sikit barulah ...masukkan telur (pukul sikit) kat tengah nasi (ketepikan nasi ke tepi) ...kacau kasi hancur.....dah jadi..tabur dengan daun sup dan hirisan cili merah bersama ikan bilis.
Pastu terus buat telur dadar macam Sheila Rusly ajar tu. ambik telur 3 biji..pukul kembang..pastu masukkan hirisan  bawang besar, sedikit garam dan lada putih, hirisan  cili merah, daun sup dan daun bawang....pastu campurkan mayonis...cedap weiii ..cuberlah..tapi terhitam sikitlah..nak cepat punyer pasal.

Lepas tu pengsanlah...

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...