OOO

Memaparkan catatan dengan label rasa buah durian isu/isau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rasa buah durian isu/isau. Papar semua catatan

Isnin, Disember 23, 2013

Durian Isu/Isau Dari Sarawak

Assalammualaikum

Suami dari dulu lagi ashik sebut nak rasa durian isu yang di katakan begitu sukar untuk mencari durian ini.  Orang sini kata durian isu banyak pada bulan November dan Disember.
Oleh sebab kami pulang ke KL agak lama, kami pikir dah tentu dah habis musim  buah isu ni.

Nasib baik masa kami membeli barangan dapur di sini ternampak ada lori bawa buah durian dan bila tanya kebetulan buah ni masih ada tapi dah nak sampai ke penghujungnya.



Durian Isu merupakan satu lagi spesis durian liar ataupun dalam istilah saintifik, ia dipanggil Durio oxleyanus yang di percayai cuma boleh di temui di Borneo sahaja.

Kalau di lihat pada bentuknya memang sama macam durian tapi ada jika dilihat dengan teliti, durinya  lebih tajam  dan panjang dan  daripada durian biasa. Buahnya pun kecil sahaja.



Setelah dibuka, warna isinya memang terang  dan lebih kekuningan daripada durian biasa lebihkurang warna seperti buah cempedak .  Rasanya agak melekit, isinya lebih nipis, rasa serta baunya memang berbeza dari buah durian biasa. 


Rasa cam makan buah cempedak pun ada gak tapi baunya memang unik.  Rasanya lebih berkrim ...ishh susah nak terangkannya cuma anda perlu cuba nak tau camner rasanya.
Se kilo kami beli harganya RM15..akak tak berapa gemar..suami akak yang suka ..kami beli 3 biji.  

Beli gak buah durian kampung dari yang penjual tu kata dari Long Baram..sebiji RM10.00 isinya memang umphhh...rasanya cam buah durian kampung yang biasa kami makan di Kuala Lumpur.


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...