OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi apam snow white. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi apam snow white. Papar semua catatan

Khamis, Februari 16, 2012

Apam Snow White Yang Cunnnn

Ada kawan peminat pinggan mangkuk lama panggil apam bunga kangkung sebab guna acuan bunga kangkung.  Tak kisahlah apa-apa pun janji sedap..

Resepi ni akak ambil dari SINI..terima kasih yer
Bahan-bahan
    * 3 cawan tepung beras
    * 1 cawan tepung gandum
    * 2 cawan gula pasir
    * 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)-akak guna mauripan
    * 2 cawan nasi
    * 3 cawan air
    * 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam
 
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
.
2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul halus.
(akak kisar dgn sedikit air dulu bagi halus baru msk kesemua air)
3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
(guna whisker lebih mudah-ikut stail madiha).
4. Perapkan adunan selama sejam.  (perap hampir 2 jam.. apam lebih lembut-ikut stail madiha) 

Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.

6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. 
7. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda atau sirap ros.  Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .


p/s akak bahagikan kepada 2.  Satu bahagian akak warnakan guna pewarna esen ros dan satu lagi warna asal.
Akak tuang guna calong sebab bekas tu kecik sangat. 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...