
Kalau anda nak tau, yogurt
adalah sejenis produk susu memang banyak khasiat yang baik untuk
kesihatan badan kita. Walaupun memiliki rasa masam yang segar dan sedikit manis, Nestle Yogurt Set Asli juga boleh di makan begitu sahaja.
Baunya
juga unik dan jika sudah biasa merasainya, rasa masam itu akan menjadi
lebih sedap kerana ianya sememangnya makanan yang amat baik untuk di
amalkan setiap hari.
Selain dari tidak ditambah gula, tiada pewarna tiruan, rendah kandungan lemak, Nestle Yogurt Set Asli sesuai untuk menggantikan santan, mayonnaise, Krim Masam dan lain-lain kerana ianya lebih berkhasiat
Setiap 100gm hidangan Nestle Yogurt Set Asli hanya mengandungi 57 kalori dan
1.6g lemak berbanding 28.3g lemak sekiranya menggunakan santan. Bagus
bukan, selain dapat menjaga kesihatan, yogurt juga lebih mudah di cerna
oleh tubuh badan di bandingkan susu yang sesuai untuk akak yang hampir memasuki usia 50an dan juga untuk anak-anak akak.
Selain dari sedap di makan begitu sahaja Nestle Yogurt Set Asli, ia juga
sesuai untuk menambah rasa hidangan. Rasanya yang enak dan sempurna
membuatkan yogurt ini sesuai untuk di jadikan sos asas pencecah,
menjadi perapan yang enak dan sempurna dan juga melazatkan pencuci mulut
untuk seisi keluarga.
Akak nak kongsi satu resepi tengahari/malam yang menggunakan Nestle Yogurt Set Asli iaitu Ayam Vindaloo.
Bahan-bahan
Bahan A

500gm kepingan ayam
Bahan B
1 camca besar Sos Tomato MAGGI
1 pek Pes Kari Ayam MAGGI
1 biji tomato di dadu
1 biji bawang besar di dadu
2 tangkai daun kari
2 camca besar minyak
3/4 cawan air
1 tangkai daun ketumbar
garam dan lada sulah secukup rasa
Cara Penyediaannya
1. Perap daging ayam dengan bahan-bahan A selama beberapa jam ataupun semalaman di dalam peti ais.

2. Panaskan minyak dan goreng pantas bawang sehingga lembut dan naik bau.

3. Tambah daun kari, tomato dan

Pes Kari Ayam MAGGI. Goreng pantas sehingga naik bau.

4. Tambahkan ayam yang telah diperap, Sos Tomato MAGGI dan air. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan daging ayam masak sepenuhnya.Tambahkan perasa jika perlu.
Tabur daun ketumbar di atas dan hidangkan bersama nasi atau roti.
Senang ajer nak masak ayam vindaloo ni kan. Menggantikan santan dengan Nestle Yogurt Set Asli
adalah cara terbaik yang patut di amalkan sentiasa sewaktu menyediakan hidangan untuk seisi keluarga.
Keluarga saya memang memuji masakan ayam ini, tak sabar rasanya nak sediakan pula untuk dihidangkan bersama sanak keluarga pada hari raya nanti.
Gambar Menarik Menaikkan Selera
Untuk manfaat diri sendiri Dan Seisi Keluarga
"I was paid by Nestle for this blogpost".
