OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi chocolate chips ala famous amos. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi chocolate chips ala famous amos. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 17, 2011

Chocolate chips ala famous amos untuk pemenang contest


Bosan pulak ashik buat coklat chip yang akak buat jualan tu.  Kali ni akak nak hadiahkan pemenang contest akak coklat chip ala famous amos lah pulak.  Maaf sebab lambat buat sebab minggu lepas tak sempat.  Insyallah jika pos malaysia cepat boleh sampai dalam minggu ni.  Tungguuuuu yerrrrrrrr.....
Bahan-bahan:
  • 1 cawan butter
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
  • 12 oz. chocolate chips (guna beli kat kedai bakeri ajer)
  • 1/2 sudu kecil  garam
  • 9 oz. chocolate Cadbury (parut) -akak guna coklat jenama berly's
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 cawan chopped nuts (akak guna almond cincang)
  • 1 sudu kecil vanilla
Cara-caranya
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips, coklat (yg dah di parut) dan badam, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Akak lebih suka alaskan dengan kertas minyak dulu. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Jangan letak dekat-dekat sebab kukis mengembang dan jangan buat besar-besar..buat macam kecik macam kukis famous amous tu.
6. Bakar dalam 20-25 minit pada suhu 170 degree celcius bergantung kepada oven masing-masing.

Isnin, Oktober 18, 2010

Ada orang nak tawarkan projek besar punyaaaaaaaaa

Member Ira ada order kukis coklat chip minggu lepas.  Akak buat hari Khamis petang dan bila ambil Ira hari Jumaat akak bawaklah kukis tu.
 
Disebabkan kecian akak bagilah harga murah..ala budak sekolah kan..kesian nak ambil mahal-mahal.
Pagi esoknya ibu member Ira call..

Boleh saya cakap dengan mak Ira?
Iyer kenapa?
Saya nak tawarkan projek besar ni...siap ada surat perjanjian...saya pun nak sangat kenal dengan Puan ni!
oh iyer ker? (confiues)...sedap ker kukis tu..
Kalau tak sedap tak kan saya call...(kembang sekejap)
Boleh tak datang ke restoren saya hari ni...kita lunch sama.
Eh ..tak boleh lah...saya nak ada hal ni (nak gi ke Taylor's University)
pastu nak suruh sign sekali surat perjanjian...(issh apa pulak ni...)
Lagi satu saya nak Puan siapkan sample 5 jenis kukis?  (Ishh mcm memaksalah pulak)
Ohhh ..tenguklah kalau sempat...(memang tak sempat punya)
Lagi satu boleh tak kurangkan harga?
Tenguklah (dah tawar hati dah)
Esok boleh Puan datang tak..kita lunch kat restoren saya..(beriyer-iyer dia ni)
Insyallah (akak dahlah nak cepat..nak masak dulu sebelum menjengkit kat sana)
Bila dia kata camtu...akak dah malas nak layan..
buat pengetahuan semua akak buat kukis ni secara sambilan ajer, taklah sampai nak bermati-matian nak buat bisnes kukis ni.
Lagipun akak guna mentega mahal tau, tak guna margerin  timbang ataupun di campur kedua  bahan.  Jadi harga tu dah kira cukup murah...tak sampai RM50.00 pun untuk 100 keping.
Kalau akak ikut kata orang tu, nak kurangkan harga, memang tak bolehlah.   Sebab dari dulu hingga sekarang akak memang jaga kualiti bukan kuantiti.

Tak cayer ker! Cuba tanya dengan orang yang dah pernah beli dan rasa kukis akak. Akak kalau boleh biar orang beli dia puas hati dan terus membeli sampai bila-bila.


Akak tak baik menipu orang, sebab di orang dah keluarkan RM dan biarlah akak dapat duit halal cara camni.  Tak perlahkan, tak dapat projek besar pun tak per, tak rugi pun. Sebab alhamdulliah suami akak masih mampu lagi nak menyara keluarga.

Lepas berbincang dengan member, anak dan suami, akak ambil keputusan tak nak terima tawaran  dan jumpa orang itu.

Malam tu akak hantar sms pada orang tersebut..
Salam Puan..saya minta maaf tak dapat buat sample...sebab balik dah petang..penat..
Saya tak boleh terima tawaran puan sebab saya ada komitment yang lain..
Terima kasih sudi nak tawarkan saya projek itu...maaf sekali lagi..

p/s settle..tak kayo pun tak per..petang ni nak buat lagi kukis coklat chip ni..ada orang order 200 keping..alhamdulliah.

Ahad, September 26, 2010

Resepi chocolate chips ala famous amos lagi (guna bahan original)


Kukis yang akak buat dah habis licin..sibuklah anak-anak suruh buat lagi...sedaplah katanya..kembanglah hati akak..akak pun belilah coklat chips hersheys milk coklat dan coklat cadbury.   Saja nak rasa apa perbezaan guna bahan biasa dan bahan berjenama.

Ha kauuuuuuu..lagi cepat habis..terutama selepas keluar dari oven..dalam hati akak kata..nasiblah akak ni boleh buat sendiri kukis ni..kalaulah beli mesti pengsan sebab bukan murah coklat chips ni di pasaran..busuk-buskuk RM50.00 untuk seratus keping.

Kalau buat jualan bahan berkualiti tak per jugak..ni guna marjerin timbang..buat sakit hati ajer.  Tahun depan akak cadang nak buat jualan tapi harga tak tahu lagilah...sebab takut tahun depan barangan ni naik lagi.

Ada sape-sape nak order tak?

Bahan-bahan:
  • 1 cawan butter-akak guna brand tantura
  • 1 1/2 cawan  tepung gandum-akak guna tepung ros
  • 1/2 cawan  tepung jagung
  • 1 sudu kecil  soda bicarbonat
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
  • 12 oz. chocolate chips hersheys milk coklat (berganda dari harga kat kedai bakeri)
  • 1/2 s/k garam
  • 9 oz. chocolate Cadbury (parut)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 cawan chopped nuts 
  • 1 sudu kecil vanilla
Cara
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Akak lebih suka alaskan dengan kertas minyak dulu. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci. Jangan letak dekat-dekat sebab kukis mengembang dan jangan buat besar-besar..buat macam kecik macam kukis famous amous tu.
5. Bakar dalam 15minit  pada suhu 170 degree celcius. (akak guna suhu 150C dan bakar dalam 20-25 minit)..bergantung kepada oven masing-masing sebab akak punya oven banyak keciklah..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...