OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi mee kari sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi mee kari sedap. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 04, 2016

Cara Buat Mee Kari Daging Sedap

Assalammualaikum semua

Mengidam  bebeno nak makan mee kari sejak balik dari Abu Dhabi.  Akak buat gak tapi kali ni tak lengkap sebab malas nak gi kedai.
Bahan-bahan:
  • 1 paket mee kuning - dicelur
  • 1 paket fish ball-tak ada stok
  • 4 biji tauhu pok-tak letak
  • 4 biji telur - direbus & dibelah 2-akak tak letak
  •  daun sup-dihiris
  • 3 biji cili merah - dihiris
  • 3 biji limau kasturi - dibelah 2
  • 2 biji ubi kentang-belah 4 
  • Untuk kuah:
  •  3 camca besar  minyak 
  • 4 camca besar rempah kari 
  • 400gm daging- dipotong kecil 
  • 1/2 kg-500gm santan pekat
  • 1 1/2 cawan -agak-agaklah nak pekat camner..akak suker pekat sikit.
  • garam  secukupnya
Bahan-bahan tumisan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih 
  • 1-2 tangkai daun kari 
  • 1/2 biji bawang besar, 
  • 2 biji bawang putih dan 
  • 2 biji bawang merah di hiris halus. 
Bahan-bahan kisar atau tumbuk
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar 
  • 1 inci halia
Cara-cara
1.  Panaskan minyak.
2.  Masukkan bahan-bahan penumis, bawang yang telah di hiris dan  bahan2 kisar bersama daun kari.
3.  Kacau sehingga naik bau 
4.  Kemudian masukkan rempah kari dan kacau selama 2 minit.
5.  Masukkan pula daging bersama  ubi kentang dan kacau rata sehingga terbit minyak.
6.  Tuangkan santan, , garam  secukupnya..kalau rasa kuah tu pekat..tambahkan 1/2 cawan air.7.  Kacau sekali sekala.
8.  Bila kuah menggelegak, perlahankan api dan renihkan sehingga naik minyak.  Masukkan fish ball, fish cake, taufok dan rasa dulu yer.
9.  Biar mendidih semula sebelum diangkat .

Khamis, Jun 20, 2013

Mee Kari Kerang Sedap

Assalammualaikum

Bila dah tiba hampir ke bulan puasa ni, banyak gak dapat jemputan ajak gi review buffet ramadhan.  Akak bukan tak nak pegi, kalau pegi cuma single ajer..takleh bawa suami dan anak-anak.

Tempat nak pergi tu adalah jalan yang sentiasa sesak bila orang pulang bekerja..tak kuasa akak nak tempuh kesesakan jalanraya.  Terima kasih yang sudi jemput..jika dapat pergi akak pergilah..kalau tak dapat minta maaf yer.

 
Teringin tekak makan mee kari..selalu akak buat stail akak..kali ni nak ambil resepi orang lain pula.  Akak ambil dari blog potretkasih.


Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng



Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (di goreng)-hiris
Daun bawang & daun sup-hiris halus
Cili merah-hiris
Telur rebus-potong 2
Limau kasturi/limau nipis
akak tambah sayur fatt choy yang telah di rebus



Bahan Kuah:
1 kg Kerang  atau lebih ( lebih banyak kerang lebih sedap )
1 paket chicken ball
1 paket fish cake (potong nipis)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
1/2 -1 cawan udang hidup kisar
2 cawan stok udang ( rebus sebenatar kepala dan kulit udang dan di  ambil airnya )
5 cawan santan (1 biji kelapa)
2  keping asam gelugur ( ikut saiz )
minyak
garam secukup rasa

Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )

Cara Penyediaan Kuah
1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah, lada kisar dan biarkan naik minyak.
2. Masukkan santan dan air stok udang  biarkan mendidih sambil di kacau selalu.
3.  Masukkan setengah isi kerang yang telah di rebus, fish cake, asam keping, udang kisar dan fish ball.
4. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa barulah di padamkan api.
5. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur, kerang rebus dan bahan yang dihiris tadi.


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...