OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi nasi sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi nasi sedap. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 23, 2012

Nasi Briyani Dhal MAGGI/Dhahl Briyani Rice

48 hours sponsered post.  Please scroll down for latest entry

Akak memang suka masak untuk keluarga tapi kadang kala terasa pening nak fikir nak masak apa setiap hari.  Sekarang ni senang nak cari idea memasak memang senang sebab ada banyak resepi yang sedap dan berkhasiat di alam maya.


Akak terjumpa salah laman web yang mempunyai resipi-resepi  tempatan, video cara memasak, alat untuk membantu pengguna dalam pemakanan sihat dan memasak, artikel (makanan) dan juga promosi eksklusif untuk ahli-ahlinya iaitu laman web www.nestle.com.myBanyak resepi-resepi menarik yang boleh di cuba di laman web Dear Nestle tersebut.



Salah satu resepi yang akak berkenan kat situ ialah  Nasi Briyani Dhal yang dimasak oleh Iza . Bila tenguk cara memasaknya..macam senang dan sedap ajer dan berkhasiat kerana mempunyai pelbagi nutrien yang sesuai untuk keluarga. 

Bahan yang paling penting ialah Perencah Nasi Briyani MAGGI.  Yang bagusnya Perencah ini tiada MSG,  ini bermakna ia  baik untuk di gunakan sebagai bahan masakan.  Akak memang mengamalkan cara pemakanan yang sihat demi kesihatan keluarga  bila memilih bahan-bahan untuk di masak di rumah.

Jomlah tenguk macam mana akak memasaknya. Selain dari Perencah Nasi Briyani MAGGI kita perlukan bahan-bahan yang lain juga.
 
Kita perlu menyediakan minyak masak, minyak sapi, bawang besar yang di cincang, daun ketumbar yang di hiris, kacang gajus yang telah di goreng,  isi ayam yang di potong kecil dan juga kacang dhal yang telah di rebus.


Beras basmathi pula hendaklah di rendam 20 minit, cuci dan toskan.   Halia pula hendaklah di hiris halus manakala  daun pandan  hendaklah di siat dan di simpul sementara kismis di rendam sebentar dan toskan.
 

Panaskan minyak sapi bersama minyak masak dalam kuali, tumis bawang besar dan halia sehingga naik bau.
  


 Bila sudah berbau wangi  masukkan ayam 


dan juga Perencah Nasi Briyani MAGGI/MAGGI Nasi Briyani Mix.  Kacau sebati sehingga ayam separuh masak.  Padamkan api.

Masukkan campuran tadi ke dalam periuk yang berisi daun pandan, kismis, kacang gajus,kacang dhal dan juga daun ketumbar.  Masukkan air secukupnya dan kacau rata.

Tutup dengan daun pisang dan biarkan nasi masak seperti biasa. Setelah nasi kering, kacau nasi dengan chopstick untuk mengelakkan nasi patah. Bila nasi mendidih terbau aroma yang menyelerakan  serta harum bersemarak di dapur.

Bila nak menghidang, jangan lupa renjiskan sedikit air mawar dan bawang goreng.  Aroma nasi beriyani ni memang menggiurkan sampai anak-anak tak sabar nak merasa masakan nasi briyani yang sedap ini. Hidangkan nasi ini panas-panas.

Sukanya hati bila suami dan anak-anak menjamah sambil memuji keenakan Nasi Beriyani Dhal ini.  Nasi ini juga lembut bila di kunyah dan memang sedap di makan panas-panas.



Dah tentulah akak merasa gembira dan rasa berbaloi menyediakannya bila  mereka sukakan hidangan nasi ini. Nasi Beriyani Dhal ini bukan sahaja lazat tetapi adalah hidangan yang seimbang serta ada pelbagai vitamin dan zat galian.

Nasi ini juga sesuai untuk dihidangkan pada masa makan tengahari dan malam kerana mengandungi zat-zat dan nutrien yang di perlukan oleh tubuh badan dan juga mengandungi diet seimbang untuk mengekalkan kesihatan.
 
Akak rasa seronok dan tak sabar kerana bulan-bulan yang mendatang akak akan mula memasak bersama Nestle.  Tentulah  akak rasa amat  teruja serta berbangga kerana di beri peluang, kepercayaan dan juga  penghargaan kerana dapat bekerjasama dengan pihak Nestle kali ini.

Anda tentu dah teruja nak mencubanya Nasi Briyani Dhal..oklah kat bawah ini akak sertakan resepinya.  Cubalah...

2
Dhal Briyani Rice
Bahan
8 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi

Bahan A
1                               biji bawang besar-cincang halus
5cm                           halia-hiris halus


Bahan B
300gm                           Isi ayam tanpa tulang-potong kecil
 2 peket                         Perencah Nasi Briyani  MAGGI                

Bahan C
1 kg                                Beras basmati- rendam 20 minit, cuci dan toskan
2 helai                            Daun pandan-siat dan ikat simpul
1400  ml /12 cawan        Air
100 gm                           Kacang gajus-goreng hingga kekuningan
100 gm                           Kismis-rendam sebentar dan toskan 
50 gm                             Daun ketumbar-hiris halus
50 gm                             Kacang dhal-rebus  hingga empuk                            

Daun Pisang

Untuk Hiasan
Air Mawar
Bawang Goreng


 Cara Memasak
1.  Dalam periuk, panaskan minyak masak dan minyak sapi.
2.  Masukkan bahan A dan kacau se hingga naik bau.
3.  Masukkan bahan B dan  masak sehingga ayam separuh masak.
4.  Masukkan bahan tadi ke dalam periuk nasi elektrik.
5.  Masukkan semua bahan C dan tutup dengan daun pisang.  Biarkan nasi masak.
6.  Bila menghidang, renjiskan air mawar dan bawang goreng.
7.  Hidangkan panas-panas.

Selasa, Januari 06, 2009

Nasi dan ayam beriani bersama dalca

Masa pergi pavilion awal bulan lalu akak ada beli 2 kotak beriani jenama "Shan". Seumur hidup akak tak pernah masak nasi beriani ......akak jelous dengan adik-adik yang muda lagi dah pandai masak nasi ni....tercabarlah rasanya....selama ni ashik makan kat luar aje...pantang ada keluar dalam suratkhabar ataupun majallah tentang nasi beriani yang sedap... akak akan cuba makan kat situ. Yang sakit hati tu..masa promosi kemainlah orang kata sedap...bila akak makan dengan anak-anak....rasanya kurang umph....dahlah harga dia mahal giler....

tak di nafikan ada juga yang sedap macam nasi beraini insaf kat jalan tuanku abdul rahman tu....tapi sekarang ni dah mahal sesangat......satu pingan dah berbelas-belas ringgit...belum lagi masuk harga minuman .....kalau makan 7 orang dah nak dekat seratus lebih.....dulu masa akak sekolah dan abah dan mak dapat bonus....mereka rajin jugak belanja makan nasi ni di situ. Masa tu lagi power rasanya sekarang dah kurang sikit rasanya...

Masak nasi memang senang...cuma nak masak ayam bersama rempah tu yang banyak kerja. Tomato dan bawang besar memang kena pakai banyak...pastu pakai tairu/yogurt.....beras basmati yang di sediakan kat dalam peket tu cukup untuk 5-6 orang makan.akak dah timbang dah beras basmati dalam peket tu....lebih kurang 600gm isi dia. Sekotak harga RM15.90 bersama rempah beriani...kalau nak beli beras basmati pun sekilo nak dekat RM10.00..oleh sebab pertama kali nak cuba buat........akak ikutlah resepi diana...takut tak jadi....benda dah mahal sekarang ni.........


AYAM BERIANI
Bahan-bahannya

1. 1 ekor ayam - dipotong 4 dan di bersihkan
2. 6 biji bawang putih - di kisar
3. 1 inci halia - di kisar
4. 4 biji bawang besar - di hiris nipis
5. 4 biji tomato - di potong dadu
6. 1/2 cawan tairu/yogurt
7. 2 biji ubi kentang - dibelah 2 (kalau nak banyak boleh tambah)
8. 3/4 cawan rempah beriani (akak gunakan semua rempah yang ada dlm kotak tu)
9. garam secukupnya

Bahan tumisan
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kelopak bunga lawang
  • sedikit daun ketumbar
  • sedikit daun pudina
  • minyak untuk menumis dan menggoreng ayam
Cara-cara

1. Bersihkan ayam dan di gaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak sahaja. Toskan.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis bahan tumisan.
3. Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Apabila naik bau, masukkan pula bawang besar yang telah di hiris.
4. Kemudian masukkan pula bawang putih, halia dan tomato.
5. Kecilkan api dan biarkan rempah masak.
6. Masukkan rempah beriani dan kacau rata. Masukkan kentang dan biarkan kentang empuk dan jika airnya berkurangan tambah lagi 1-2 cawan air.
7. Setelah kentang empuk masukkan pula ayam, tairu/yogurt,daun ketumbar dan daun pudina.
8. Masukkan garam dan biarkan seketika.
9. Bila rempah telah menyerap dalam ayam bolehlah diangkat.
10.Taburkan bawang goreng dan siap di hidangkan.
NASI BERIANI
Bahan-bahannya
  • 1 kg beras basmati, dicuci bersih dan direndam 30 minit dan toskan
  • 900 ml air
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 biji bawang besar, dihiris
  • 10 biji bawang putih, dikisar
  • 2 inci halia, dikisar
  • 1 senduk minyak sapi
  • secekak daun ketumbar, dibersihkan
  • secekak daun pudina, dibersihkan
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1/2 cawan gajus
  • garam secukup rasa
  • pewarna kuning (serbuk inci kuning dicampur air sedikit)
Bahan untuk di tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 4 kelopak bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Cara-caranya

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi dan tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Masukkan bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau.
3. Masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar. Masukkan juga gajus.
4. Tumis sehingga rempah naik bau dan gajus bertukar warna keperangan sikit.
5. Tuang air dan juga susu cair serta garam, diikuti dengan beras basmati.
6. Masak sehingga airnya mendidih dan agak kering sedikit. Angkat periuk nasi dan letak didalam rice cooker dan tekan masak.(cook)
7. Cucuk nasi buat lubang dan tuangkan pewarna kuning. Taburkan atas nasi dengan daun ketumbar, daun pudina dan juga bawang goreng. Tutup dan biarkan sehingga nasi masak.
8. Bila sudah masak gunakan senduk dan ratakan warna kuning bersama nasi yang lain, angkat, tabur bawang goreng dan hidangkan.

Nota

Jangan selalu kacau nasi sewaktu memasak kerana takut nasi pecah..cukup di kacau sekali sekala.

Oleh sebab akak tak pernah masak dalca....akak ikut cara diana masak jugak...



DALCA

Bahan-bahan
  • 300 gm daging
  • 2 batang lobak merah
  • 1 biji terung
  • kacang panjang
  • 3 biji ubi kentang
  • 2 biji tomato
  • 2 cawan kacang dal (yang telah di rebus)
  • 8 sudu besar rempah kari daging
  • 1 biji kelapa (ambi 4 cawan santan)
  • 2 biji bawang besar (di kisar)
  • 4 ulas bawang putih (di kisar)
  • 3 cm halia
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • air asam secukupnya
  • garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis
Cara-caranya

1. Bersihkan daging dan potong kecil-kecil.
2. Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.
3. Rebus kacang dal dan daging sehinga keduanya masak dan empuk.

4. Masukkan kentang dan lobak dan rebus sehingga empuk dan diikuti terung, kacang panjang dan tomato.


Tumis darat atau berasingan

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bawang besar, halia dan bawang putih yang telah dikisar.
3. Tumis sehingga naik bau.

4. Masukkan rempah kari daging bersama garam dan kacau sebati.
5. Masukkan pula asam dan garam.
6. Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran.
7. Kacau hingga sebati.
8. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih. Tunggu dalam 10 minit baru di padamkan api...hidangkan semasa panas.

chewah....anak-anak kata..... sedaplah nasi dan ayam beriani ni mak.....terangkat punggung mak dia....nanti nak cuba daging kambing atau lembu...nasi dia memang sedap...lain dari nasi beriani yang akak makan....mungkin mereka campur dengan beras biasa...yelah...mereka nak untung banyak...tapi dalca tu mereka tak minat...lain kali kena masak sikit aje....


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...