OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi puding cincau yeos. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi puding cincau yeos. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 12, 2014

Puding Cincau Yeo's Dwi Warna

Assalammualaikum semua
Masa buat N3 puding cincau yeos bulan puasa yang lepas akak buat 2 kali sebab nak pilih yang mana paling best nak masuk dalam blog yang di taja oleh Yeo's.  Akhirnya akak pilih N3 puding cincau yeo's untuk bulan puasa lepas.

Puding ni pula cara nak buat sama, cuma di bahagikan 2 warna. Kemudian di campurkan cincau dengan warna merah lalu di masukkan ke dalam acuan kecil, masukkan   1/2 sahaja dan sejukkan ke dalam peti sejuk.  

Sementara sebahagian lagi di masukkan pewarna hijau dan biarkan atas dapur dengan api perlahan sebelum di tuang keatas yang warna merah. Cakar sedikit dengan garpu sebelum di tuang yer.

Sejukkan baru di hidang.

Resepi kat SINI

Tips : Nak senang keluarkan dari acuan basahkan acuan dulu sebelum di tuang 

Sabtu, Julai 19, 2014

Puding Cincau Soya Yeo's

Assalammualaikum semua


Bila cuaca panas di bulan yang mulia ni, menikmati minuman yang sejuk memang menyegarkan terutama apabila cuaca panas sepanjang bulan puasa kali ini.



Kami sekeluarga memang penggemar minuman susu kacang soya Yeo's yang banyak kebaikan untuk seisi keluarga. 


Selain dari di minum begitu sahaja, boleh juga di buat pelbagai jenis puding untuk di jadikan pencuci mulut selepas berbuka.
Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar
1 liter air soya kotak yeo's
2 sudu besar gula pasir
Sedikit pewarna merah
Cincau didadu kasar



Cara-caranya


  • Masak serbuk agar-agar bersama air soya dan gula sehingga larut.
  • Apabila telah larut kesemuanya, masukkan pewarna merah dan kacau sebati. Padamkan api.
  • Masukkan cincau yang telah di dadu ke dalam acuan.
  • Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan sebentar.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.




Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...