OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi puding kastad buah sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi puding kastad buah sedap. Papar semua catatan

Selasa, Julai 30, 2013

Resepi Puding Kastad Buah Sedap

 Salam Ramadan

Dah jadi kegemaran kat umah akak puding kastad buah ni ..makan time panas-panas memang sodap. Anak akak pun suka buat  sebab senang dan mudah..resepi dari gang masak memasak yatie

Bahan-bahan Untuk Puding
  • 1 cawwn tepung kastard
  • 5 cawna air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas-bekas kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dalam peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.


Bahan Untuk Kuah
  • 1 tin koktel buah-buahan ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air biasa (air masak)
  • 1 cawan gula( terpulang pada masing-masing..kalau nak manis leh tambah ya..)
  • Ais secukupnya
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang koktel dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur koktel buah2an.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
**Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuang koktel buah-buanan  tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...