OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi sizzling yee mee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi sizzling yee mee. Papar semua catatan

Isnin, Jun 27, 2016

Cara Masak Sizzling Yee Mee Sedap

Assalammualaikum semua

Kesukaan anak anak akak, akak pun senang hati nak buat sebab bukan susah sangat nak masak.
Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih-dihiris nipis
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)-akak guna cendawan tiram ajer
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong serong-kalau nak pedas tambahlah lagi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • sawi-akak tambah-potong kecil
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur-sayuran yang lain- tunggu 2-3 minit.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas-panas

Ahad, Oktober 24, 2010

Resepi Sizzling Yee Mee

Resepi ulangan dah pernah dah tepek kat blog. Tak perlah. Sajer ajer nak tunjuk. Dah banyak kali buat. Selalu Ira punya permintaan. Kalau ada hot plate lagi best.

Resepi asal dari Lily Myresepi.
Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
2-3 sanggul(gulung) yee mee
5 ulas bawang putih-dihiris nipis
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)-rendam dengan air panas pastu hiris
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong serong-kalau nak pedas tambahlah lagi
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
akak tambah- kobis dan lobak merah-potong kecil

garam- secukup rasa
beberapa titik minyak bijan

1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur-sayuran yang lain,tunggu hingga 2-3 minit.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jangan banyak-banyak...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas-panas

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...