Kalau mengadu dengan suami, selalu dia kata kenapa dulu tak nak anak ramai? Bagi akak dah cukuplah 5 orang anak, dulu akak bekerja, memang kelam kabut dengan urusan anak waktu tu. Nak pengsan kalau anak 10 orang.
Bila baca komen pembaca blog akak, mereka ashik kata akak ni rajin gi event sana dan sini. Salah satu sebab akak pegi sebab nak hilangkan rasa bosan duduk kat rumah. Sebab dari masa zaman akak kerja lagi akak memang dah biasa sibuk dengan aktiviti dengan kanak-kanak dan mesyuarat di sana sini.
Jadi jangan hairanlah akak ashik join event sana sini lagi sebab sebelum pergi akak minta kebenaran suami dan selalunya akak pegi berdua dengan anak ke dua akak. Janji akak tak melakukan perkara tak senonoh udahlah.
Maaf yer teringin nak pot pet pot petlah pulak..bosan gak ni..duk umah sorang lagi.
Bila anak-anak balik, rasa seronok walaupun kat rumah riuh rendah dibuatnya. Akak ajak suami belanja makan kat luar. Dah lama tak pekena Restoren Seafood Haji Shahrin Low kat Bukit Antarabangsa. Akhir pergi pada tahun lepas bersama-sama 5 orang anak. Kalau nak tenguk gi kat halaman kat atas tu..ada tab jalan-jalan cari makan.
Restoren ini adalah salah satu restoren China Muslim yang menghidangkan masakan stail China dan salah satu menu popolur ialah itik panggang.
Pilihan kami kali ni, kambing masak herba ni sedap walaupun harga agak mahal sedikit, ada gak sup sayur dan semestinya ada itik panggang. Kami order gak tauhu sos ketam
air macam-macam..sedap rasa air kedondong campur asam limau ni
Macam biasa kalau makan di restoren ni memang habis licin di makan oleh kami semua. Bil baru RM132.00. Kalau di ikutkan baru dalam RM22 lebih sorang sahaja. Berbaloi baloi makan kat sini.
Budak sekarang tak sudah-sudah dengan handphone , naik geram dibuatnya. Kalau Yana balik mesti Imran rasa happy sebab dia memang manja dengan kakak dia. Sedih gak sebab sorang lagi anak tak ada.
Bahagia rasa hati seorang ibu bila dapat melihat anak-anak di depan mata. Siapa yang masih ada ibubapa, jumpalah mereka selalu sebab akan hilang segala rindu di hati.
Bahagia rasa hati seorang ibu bila dapat melihat anak-anak di depan mata. Siapa yang masih ada ibubapa, jumpalah mereka selalu sebab akan hilang segala rindu di hati.
Memang dari dulu lagi akak dah ajar anak-anak dari kecik lagi, sape yang belanja makan, reramai dalam kereta sebut..terima kasih ayah...sebab ayah yang belanja.(sekarang tak payah ajar mereka dah pandai)
p/s masa makan terjumpa dengan mak Shaheizy Sam,
Khaty bersama anak lelaki dan seorang cucu..comel betul cucu beliau. Nak ambil gambar dengan dia rasa segan sebab beliau tak makeup dan pakai sempoi ajer.
Address:
1 Lorong Wangsa 5A, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang
Tel: 012 373 1999
Opening times: Sat-Thurs, 11am-11pm; Fri, 4pm-11pm.
Halal: Yes
Halal: Yes

