OOO

Memaparkan catatan dengan label review nasi ayam gemas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review nasi ayam gemas. Papar semua catatan

Jumaat, November 11, 2011

Makan Nasi Ayam Gemas di Senawang


Adik ipar yang duk kat Nilai dan Felda Pasoh N9 selalu cerita pasal nasi ayam Gemas ni.  Nak balik kampung hb memang lalu Pekan Gemas tapi tak teringat nak makan kat situ sebab perut kenyang makan bila hb suka singgah kat R & R Plus Highway.
 
Masa nak balik ke Segamat sempena Hari Raya Aidil Adha  pagi Sabtu tu kena bawa hb check up mata kat hospital dulu.  Fuhhh lama sungguh kena tunggu dah macam kat hospital kerajaan lah pulak.  Kami dah puas gi jejalan kat area tempat shopping tapi hb akak  tak gak siap lagi.  Lelama lepak ajerlah kat lobby hospital sambil anak-anak layan laptop.

Dalam pukul 1.00 lebih baru gerak ...fuhhhh yooooo jem teruk kat highway plus menghala ke selatan.  Dari Bangi lagi dah tak leh jalan..akak syorkan hb keluar simpang Bukit Mahkota pastu ikut highway LEKAS.  

Akak bukan tau jalan nak ke LEKAS tapi berpandukan kata hati ikut jalan ke Semenyih dan bila berhenti solat kat sebuah kampung, kami tanya camner nak gi ke situ.  Alhamdulliah rupanya tak jauh lagi cuma 2km nak ke situ.  Perut dah lapar, gi kat R & R banyak yang tutup terus keluar kat Senawang dan ternampak tempat makan ni.
 Dah nak dekat pukul 3.00 petang pun masih ramai orang yang masuk ke tempat ni.  Wah cam best ajer..bila dapat tempat duduk terus order.  Oleh sebab orang ramai maka makanan agak lambat sampai.
 Air jagung cincau..sedap aaa rasanya. Harga dalam RM2.00
suami kata nasi ayam ni makan camni pun sedap..]
macam biasa adalah sos, sup, timun dan salad
boleh pilih nak ayam rasa apa..kami pilih ayam goreng madu yang sedap 
ayam goreng lada hitam..rasa biasa ajer..
kami order juga tauhu kukus dan samosa..
kena bayar dalam RM50 lebih  sahaja
yang syok anak-anak sebab  wifi laju gilerrrr..boleh layannn youtube lagiii..
lepas ni kena terjah kat kedai nasi ayam di Gemas..nak rasa sama ker idak macam kat sini.
 kat Sri Gombak pun ada cawangan ni...lehlah terjah nanti
Nasi Ayam Gemas
JALAN TAMAN KOMERSIAL SENAWANG
70400 Seremban, Malaysia

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...