OOO

Memaparkan catatan dengan label roti saj. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label roti saj. Papar semua catatan

Khamis, November 22, 2012

Roti Saj

Assalammualaikum
Fuh ..dah lama tak bawa keta jalan-jalan, selalunya PA/Manager/Driver yang bawa...sekarang ni dia dah kerja, terpaksalah drive kalau nak kemana-mana.  Sampai umah pengsan dibuatnya.


Resepi roti ni akak ambil kat internet/facebook.  Tak susah nak membuatnya.  Makan dengan kari sardin guna yogurt.  Masak cam kari biasa ajer..cari kat resepi  kari yer kat blog akak.

Bahan-bahan Untuk Roti

31/2 cawan tepong gandum
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar yis kering
11/2 cawan air suam
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar shortening
Cara-caranya
Satukn tepong dan yis serta shortening dan uli sebati
Susu pekat di bancuh dengan air suam, garam dan masukkan kedalam aduanan tepong.
Selepau  uli perap sejam
Bulat-bulatkan doh kepada 10 bahagian
Rendam doh dengan sedikit minyak zaitun/minyak masak/minyak jagung
Panaskan kuali non stick dan leperkan doh dan masak macam capati.
Tutup kuali dgn penutup kukus bagi mengelakkan  wap keluar dan  roti cepat masak serta naik gebu.
Sedap di makan bersama kari sardin, kari ayam ataupun kari ikan.  Kalau ada sambal tumis pun sodap.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...