Akak dah pegi sini lama dah. Bulan Febuari rasanya tapi
bila cari kat folder tak jumpalah pulak.
bila cari kat folder tak jumpalah pulak.
Pegi merelaxkan diri pun sebab terbaca dalam harian metro, pakej yang di tawarkan rasa murah gak. Akak pegi hari Rabu tapi kalau nak pegi pada hari sabtu kenalah buat temujanji sebab ramai orang yang datang pada hari tersebut.
Akak bukan tau pun kat mana Penjara Wanita Kajang ni, cuma tau di Jelok, Kajang. Akak redah ajer pastu tanya orang. Nasib baiklah jumpa.
Akak bukan tau pun kat mana Penjara Wanita Kajang ni, cuma tau di Jelok, Kajang. Akak redah ajer pastu tanya orang. Nasib baiklah jumpa.
kat luar
Masa masuk kat dalam Penjara Wanita ni berdebar gak rasa hati. Tenguk kawalan cam ketat, nak ambil gambar pun takut. Bila dah sampai, tenguk tempat spa ni baru rasa lega tapi bila tenguk pintu masuk pun kena kunci dari luar...lagilah risau. Bila tekan loceng , ada warden buka dan akak terus masuk kedalam.Nasib baiklah mereka ramah tamah, akak rasa lega bila kat dalam walaupun bila masuk pintu di rantai semula.
Wah cantiknya kat dalam ni.
Akak dah booked pakej masa akak call, jadi mereka terus suruh masuk ke dalam dan di sambut oleh juru terapi dari Indonesia. Sebelum tu minta kebenaran nak ambil gambar kat dalam.
kredit gambar di harian metro
Boleh sajer ambil gambar juruterapi ni tapi dengan syarat kena blurkan muka mereka ni..dek sebabkan akak rasa ragu-ragu akak tak ambil..manalah tau nanti jadi hal lah pulak..menyusahkan akak pulak nanti.
Mula-mula berurut, pastu di lulur dan selepas membersihkan diri akak buat pula facial treatment dan last sekali pedicure dan medicure. Ambil masa 2 jam juga buat ni semua. Tak rasa cam dalam penjaralah pulak bila di layan macam ni.
Juruterapi yang melayan akak berasal dari Indonesia, jadi senanglah nak pot pet pot pet.
Antara harga pakej yang di tawarkan. Kalau tau dengan lebih lanjut lagi tentang spa dan salun di Penjara Wanita Kajang tenguk kat SINI
p/s balik rumah badan sakit-sakit lepas kena urut..mungkin badan tak tahanlah.


