OOO

Memaparkan catatan dengan label selesa beach resort port dickson. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selesa beach resort port dickson. Papar semua catatan

Khamis, Mac 24, 2011

Cuti Sekolah Gi Mana?

Oleh sebab cuti sekolah cuma seminggu, Ira pulak baru balik hari Ahad, tak bolehlah nak gi bercuti ke tempat jejauh. Mula-mula book kat Hotel Seri Malaysia.
Anak kata...
Mak..ashik..ashik Hotel Seri Malaysia....(Marang dan Melaka pun hotel yang sama)
Itulah hotel budget yang paling murah bagi akak sebab kalau bercuti, mana boleh ambil satu bilik.
Aktiviti pantai sebelah petang
Tak best aaa breakfast dia..
Mulalah akak bagi ceramah ..
tulah sebab kena belajar rajin-rajin.
Kalau tak belajar nanti tak pandai, kalau tak pandai nak kerja apa?
Ingat senang ker nak cari kerja sekarang ni. Masa mak dan ayah ada bolehlah merasa bercuti camni. Time mak dan ayah kecik tak merasa tau. Kalau gi pun naik bas ataupun ikut rombongan....pot pet..pot pet...

Banyak songel pulak budak-budak ni. Ikut plan nak singgah makan kat Seremban tapi kedai tu tutup pulak. Terpaksalah makan kat Pekan Port Dickson ajer, lagipun lelaki-lelaki kesayangan akak tu nak gi solat Jumaat. Malas akak nak bagitau nama kedai dan ambil gambar sebab masakan tak berapa sedap.
Sementara mereka solat, akak dan Ira gilah ke hotel seri malaysia. Tenguk kolam kecik pastu kena lintas jalan kalau nak gi mandi manda kat laut. Bahaya gak kalau budak kecik ni melintas jalan nanti.
abaikan tempat lepak yang bersepah tu yer
Round lagi sambil perati mana tempat yang best. Ada yang best macam Avillion tu mahal berdentumlah pulak. Jumpa apartment tapi bilik banyak dah orang tempah. Kalau ada pun mahal sangat. Sampai kat bulatan , pusing balik dan singgah kat Selesa Beach Resort.
Lepas survey kolam renang (itu yang penting bagi anak-anak) terus tempah bilik terus sebab harga yang di tawarkan munasabah. Cuma yang tak best sebab kat dalam air laut ada pula obor-obor...akak tak kasi anak mandi takut kena sengat.
Makan malam kat luar, tak makan kat hotel. Tau ajerlah kalau makan kat sini mestilah harga berdentum. Kalau akak berdua tak per gak. Kononnya nak makan ikan bakar tapi bila tenguk dia cuma bakar kat kuali cam buat roti canai tu malas nak order. Punyalah ramai orang sampai kami kena tunggu dekat 45 minit baru makanan sampai. Nasib baik ada Final Raja Lawak..tu pun tak dengar sangat sebab bising.

Makanan kat tempat makan ni aduhai..sotong dan udang goreng tepung..anak kata macam cucur kodok. Tomyam campur masin, sup campur pun tak sedap pastu rasa suam pulak tu. Yang sedap cuma telur bungkus dan taufu masak ladna. Malas akak nak bagitau nama kedai ni. Nasib baik harga RM70.00.
Dek sebab terpedaya dengan iklan kat resort ni..pastu ada tawaran istimewa,
kami belilah 2 keping tiramisu. Sedap gak.
Imran dapat kawan baru..budak Singapore siap tukar-tukar email dan no tel.
Breakfast yang di sediakan memang memuaskan. Rasa pun sedap. Yang tak best sebab wifi tak dak...cuma kat lobby ajer ada tapi tak leh buka gak blog akak.p/s ada ibubapa kalau anak ambil exam mereka tak pegi memana pun..akak pulak bawak gi bercuti sebab nak bagi mereka release tension.

Itu masing-masing punya pendapat, kita tak boleh kata apa-apa.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...