OOO

Memaparkan catatan dengan label sesat di tempat parking. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sesat di tempat parking. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 15, 2012

Cari Kereta Tak Jumpa?

Pernah tak anda menghadapi masalah tak jumpa kereta bila parking di mana-mana tempat parking basement? 
 
Pernah tak korang mengalami hal macam ni terutama di bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai banyak tempat shopping besar seperti Mid Valley ataupun KLCC?

Selama ni kalau parking kereta walaupun tempat luas macam Mid Valley insyallah jumpa tempat keta parking bila nak balik sebab akak dah  hafal level dan tempat parking kat situ sebab dah selalu pergi.

Tapi kali ni memang mencabar minda dan ketahanan fizikal bila akak tak jumpa keta di Map @ Publika yang mempunyai 4 block A, B, C dan D (shopping/tempat makan/office) sebab pernah ke sini 2 kali tapi masa tu gi bersama manager/pa/driver akak.  Kali ni akak pergi sorang ajer sebab dia dah berhenti.

Akak parking tempat biasa tapi kali ni event di buat di block B..tempat event baru yang di panggil Squre..padahal akak parking di block A.  Bila nak gi balik ke keta..akak dah keliru kat mana akak letak kereta tadi...macam blurr nak cari..entah kenapa tak taulah.
Memang terasa nak menangis bila jadi camtu, sebab fikirkan camner nak cari keta kat tempat yang luas camni.  Akak berdoa dan cuba lagi sekali naik kat tempat event tadi  dan cuba lagi sekali naik lif untuk turun kat tempat parking. 

Malangnya masih tak jumpa..mungkin dugaan darinya..akak naik atas semula dan bertanya kat polis bantuan yang ada di situ sambil bagitau tadi akak masuk parking dari mana.. belah mana.. sebab ada 2 tempat masuk nak ke sini.  Selepas di beri penerangan akak kena turun 2 elevator, pastu kena jalan dari hujung sini hingga ke hujung sana.  

Walaupun camtu, taklah rasa panik dan takut sangat sebab tempat ni ramai orang yang sedang makan tengahari, setelah puas menapak...akhirnya jumpa tempat akak masuk parking dan jumpa semula keta akak..fuhh lega. 

Dekat sejam gak akak buang masa nak cari semula keta buruk akak tu...sakit gaklah kaki yang baru nak baik ni.  Balik kat umah terus cari minyak urat urut kaki dan berehat.

Bila akak cerita kat fb ada kawan bagi tips camner nak elakkan benda ni dari terjadi.

Tipsnya  ialah ambil gambar tiang dekat kawasan anda parking kereta yg mana kat tiang tersebut ada no lot parking dan juga aras berapa tempat parking. Mudah bukan... buka ajer  hp dan tengok gambar tersebut then cari kereta anda, pasni pasti anda takkan sesat lagi.  

Atau pun  hafal level dan tempat parking...tak pun tulis kat kupon parking no tiang, basement berapa dan camkan kat mana lift kita masuk dan keluar nanti.

Insyallah..sape yang nak parking kat kl ni kena amalkan tips ni yer..

p/s Korang  pernah tak mengalami situasi macam akak ni..bolehlah korang share pengalaman korang pulak ek..

Minggu depan ada event lagi kat Publica ni lagi..kali ni kena ikut tips yang member bagi..kang haru biru lagi dibuatnya.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...