OOO

Memaparkan catatan dengan label slot akasia TV3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label slot akasia TV3. Papar semua catatan

Selasa, Januari 11, 2011

Sinopsis Drama Tiramisu – Tiramisu Slot Akasia TV3

Alamak termisslah pulak cerita Tiramisu di TV3. Bila tenguk minggu lepas macam bestlah pulak. Nasib baik boleh tenguk balik dalam Tonton TV3. Salah seorang pelakon tiramisu ialah Pierre Andre. Dalam episod pertama Peirre Andre (Dani Mirza) masih bersekolah dan sungguh fofolur di sekolah tersebut. Jom baca sinopsis Drama Tiramisu.
‘Tiramisu’ mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain.
Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi.
Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.

Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.

Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.

Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?
Antara pelakun Tiramisu
Sheila Mambo
Rahim Omar
Pelakon Drama Tiramisu Yang Lain
Noni Af,Zain Ruffegde,Tania Hudson dan pelakun kanak-kanak yang fofolur sekarang ni Mia Sara Nasuha.

Tiramisu telah pun di tayangkan pada 27 Disember 2010 di Slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam.

Episod semalam Liyana telah menjawab call dari Melur dan telah mengatakan yang dia akan bertunang dengan Dani tanpa pengetahuan Dani. Melur merasa kecewa dan tidak melayan lagi sebarang panggilan dari Dani.

Suka tenguk lakunan mereka berdua. Lakunan yang mantap sampai akak terlayanlah pulak drama ni selepas dah lama tak tenguk Akasia. Yang best lagi sebab ada lagu Aizat Teka Susun Silang Kata.

p/s Bengang gak tenguk episod drama Tiramisu yang lalu...ashik replay ajer..boring..tapi pasal minat..kenalah bersabar.

Rabu, September 01, 2010

Slot Lagenda Ular Emas-Mengarut tapi penuh pengajaran

Episod 9 sebenarnya..tapi dek kerana sibuk dengan urusan rumahtangga semalam..tak dak masa nak udpate..bagus betul ek teknologi yang di gunakan dalam cerita ni...nampak macam real ajer..

macam biasa kalau tenguk cerita ni takkan nak terbongkang...selalunya akak kopek bawang, kopek ikan bilis, kopek cili kering ataupun lipat kain..biasalah kan suri rumah tangga..ashik kerja yang sama ajer...bosan gak kerja berulang-ulang ni...nak buat camner..sabar ajerlah kan...

Walaupun cerita macam mengarut tapi seronok juga melayan cerita ular emas ni...banyak pengajaran yang boleh kita dapat. Masa ni Amir jumpa hantu..langsung tersampuk..
ustaz yang selalu menolong Raudah dan tolong Amir
Tapi nasib baik ular baik bunuh ular sawa yang dihantar oleh hb Raudah
ular sawa bertukar menjadi ular emas
Dari ular besar menjelma jadi pak haji
Pak Haji memberitahu tentang syarat-syarat bila mendapat ular emas..cuma boleh di ambil sisik ular setiap malam jumaat secara bersih dan berwuduk.  Cuma 3 orang yang jujur ajer yang boleh mengetahui rahsia ular emas ni tetapi mereka tidak boleh melihat ular emas ini.  Jika tidak pemberi ular akan di timpa bencana.
Raudah mengambil sisik ular emas untuk di jual..Raudah menggunakan hasil duit itu untuk di dermakan ke badan-badan kebajikan dan membuka kedai perabut..macam biasalah orang kampung menganyam ketupat bila Raudah menjadi orang kaya...tapi Raudah ingat suami dia yang bagi dia ular emas tu. Baik betul hati budi Raudah ni.

Masih ada gak ker manusia sebaik Raudah sekarang ni????????

Selasa, Ogos 03, 2010

Epilog Syurga Cinta-Memang Akak Layan Lepas Ni

semalam nak tenguk  ceritailusi di akasia TV3..tapi tenguk dah cerita lain...pelik pulak sebab hari Khamis tu cerita dia macam tak habis lagi..ada sambungan kot..
Bila layan cerita Epilog Syurga Cinta ni..
bestlah pulak sebab ada Fida Pantene (Syuhadah)
 MIA SARAH NASUHA..kalau boleh tak nak misslah Epilog Syurga Cinta Ni
sebab suker tenguk lakonan dan muka mia sarah yang comel
gambar intan ladyana
model yang tergedik-gedik dengan Irham (Zizan Nin)
Cilok dari   http://cikmin.com/ terima kasih
UPDATED:SINOPSIS EPILOG SYURGA CINTA
Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.
Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.
kawan Mia dan datuk yang menjaga Syuhadah
Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.
Tan Sri dan Puan Sri 
Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya.
Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Mia yang beria-ia hendakkan abang dia mengurat Syuhadah
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.
Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
tunang syuhadah dan mak dia
Rasanya boleh kena demam tenguk Syurga Epilog Cinta macam demam Adamya dulu kot.  Bila bulan puasa kenalah masak dulu sebelum lepak tenguk cerita ni.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...