Setiap anak ada yang mereka sukai dan yang tidak suka termasuk dari segi gaya, makan minum, tingkah laku dan macam-macam gelagat lagi yang kadang-kadang melucukan dan kadang-kadang menyakitkan hati. Mempunyai 5 orang anak memang macam-macam yang kena di tempuhi terutama bila anak-anak meningkat dewasa.
Masa kecil mereka tak kisah ibu dan ayah belikan apa sahaja tapi bila dah dewasa..masing-masing lebih suka pilih gaya masing-masing. Nasib baiklah anak perempuan cuma 2 orang..taklah teruk sangat nak melayan kerenah dorang ni.
Masa kecil mereka tak kisah ibu dan ayah belikan apa sahaja tapi bila dah dewasa..masing-masing lebih suka pilih gaya masing-masing. Nasib baiklah anak perempuan cuma 2 orang..taklah teruk sangat nak melayan kerenah dorang ni.
Dari segi gaya....rasanya Ira yang paling suka bergaya sebab dari kecil lagi beliau suka bervangan pakai alat make up, menari, menyanyi..Ira memang aktif masuk boria, nasyid dan aktiviti yang lain. Nasib baiklah akak ni memang tak guna make up dari muda, kalau idak tentu dah habis di kerjakan oleh Ira.
Sekarang ni Ira suka pakai pashmina..pening akak tenguk cara nak memakainya..lilit sana..pin situ...macam nak terlilit leher dia...ishhh tak reti akak nak menggayakannya. Nasib baik tudung ni tak mahal..harga dalam lingkungan RM15.00-RM20.00 bergantung kepada jenis kain. Apa gaya pun tak kisahlah kan..janji tutup aurat secara sempurna udahlah.
Yana pula lebih selesa bertudung bawal...dari dulu sehingga sekarang...harga pun tak mahal..dalam lingkungan harga RM15-20 sahaja..selalunya dia minta kawan belikan di Kelantan..lagi murah dari sini. Masih setia pada bawal lagi....tapi tak taulah nanti dah bekerja camner pula gaya tudung Yana pula.
Nasib baiklah dorang berdua ni kurang gemar bermake up...cuma pakai pencuci/toner sahaja....kalau idak tentu kami yang terpaksa berbelanja lebih.
Nasib baiklah dorang berdua ni kurang gemar bermake up...cuma pakai pencuci/toner sahaja....kalau idak tentu kami yang terpaksa berbelanja lebih.
Akak dulu memang pakai tudung bawal tapi sekarang ni lebih selesa guna tudung indon (hb dan anak-anak yg kata camni). Masa masuk gi jejalan di Jalan TAR..akak masuk ke Ariani..terkedu tenguk harga yang di tawarkan..mahalnya walaupun dah di beri tawaran hebat.
Akak ada pegang satu tudung hiasan batu-batu yang berkerlipan yang sungguh cantik...akak ingatkan dalam RM100.00 ajer.rupanya RM350...pas bagi diskaun RM270.00. Memang berkenan tapi disebabkan harganya akak terpaksa letak balik, akhirnya beli ajer tudung RM40 di kedai yang lain. Memang semua tudung akak di bawah RM50.00 sahaja..tak berani lagi nak beli tudung harga ratusan ringgit lagi.
Setiap anak mempunyai gaya
Bermacam ragam dan rupa
Merekalah juga penghibur kita
Jagalah mereka sehingga dewasa
p/s tudung korang paling mahal berapa hinggit?




