OOO

Memaparkan catatan dengan label suka berleter. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suka berleter. Papar semua catatan

Khamis, Januari 19, 2012

Leteran

 
muka mak yang garang dan kuat berleter
Leteran.......ianya lumrah di dengari oleh anak-anak dan suami.  Suka..tak suka dorang kena dengar gak. Kecuali kalau ibu/mak mereka dah meninggal dunia.

Tapikan  ramai anak yang tak suka di leter dan kebanyakkannya suami pun tak suka mendengar leteran isteri. Tapi nak buat macam ner..dah jadi seorang ibu/isteri memang kenalah berleter.  

Tak kan nak tenguk sahaja perangai anak yang selalu baik itu.  Kang kalau simpan ajer kita gak yang penat sebab semua kerja kena buat.

Leteran Kepada Russhdi dan Firdaus (Anak lelaki)
 
  • Kemas bilik-bilik orang bujang memang bersepah
  • Potong rambut-kalau di biarkan macam hippies
  • Apasal tak tolong mak buat kerja rumah-penyakit malas
  • Tolong mak ke kedai-beli barang dapur
  • Kalau lepak jangan balik lambat
  • Bawa moto jangan laju-laju..jangan jadi mat rempit
  • Tolong buang sampah..kang berulat satu rumah 
  • Apasal tak makan..mak penat masak
  • Basuh pinggan lepas makan-kang penuh satu sink
  • Kalau ada girlfriend/boyfriend jangan nak over okk
  • Bawa keta laju-laju kang kena saman sape nak bayar .
  •  dan pot pet pot pet
Leteran kepada Yana dan Ira (Anak Perempuan)
  • Jangan nak mengadap tv/laptop ajer..tolong mak masak
  • Kenapa tak nak kemas rumah
  • Masak Nasi 
  • Potong bawang bla bla bla
  • Cepat pergi mesin baju dan sidai
  • Kemas bilik
  • Jangan nak bersms ajer...dan pot pet pot pet
Imran (yang ni memang ashik menjawab ajer bila kena leter)
  • Kemas buku
  • Buat homework
  • Gi Solat
  • Pegi tidur
  • Tak nak mandi ker?
  • Ashik main games ajer camner nak pandai
  • Kain baju kotor masuk dalam mesin/bilik air


Kepada Suami...biarlah rahsiaaaaaaaaaa 

Suami Berleter
  • Ina boleh slow volume tak ..bla bla bla
Leteran tu sebenarmya bagus tau sebab semua ibu nak supaya  anak-anak pandai buat kerja, taklah nanti kalau gi rumah orang atau balik kampung tak tau buat kerja.  Cuma duk depan macam orang kaya.  Mereka tak tau mak berleter sebab mak sayangkan  anak-anaknya.  

Tapi kan akak tak leh tahan aa bila tenguk ibubapa tenguk ajer anak-anak dorang buat perangai macam tak leh diam bila gi rumah orang.  Panjat sana panjat sini..kalau anak akak memang dah kena dah..  


Tak pun bila sampai rumah kena cubit ataupun kena leter.

p/s Kalau tak percaya korang cuba tanya mak korang sendiri sebab apa dorang berleter.  Mesti sebab korang buat salah kann

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...