OOO

Memaparkan catatan dengan label susu frisolac. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label susu frisolac. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 19, 2013

Pemakanan Anak-anak Akak Masa Kecil

Assalammualaikum dan salam ramadan
Akak sajer nak share apa yang akak bagi anak-anak makan masa dorang baby..sajer buat kenangan..nanti anak-anak akak leh ikut apa yang baik untuk anak-anak mereka pula.
 
 Kisah Russhdi kat SINI.bersama arwah mil (al fatihah)

Semua ibu-ibu ingin memastikan anak-anak mereka mendapat makanan yang berkhasiat demi perkembangan otak dan badan mereka kan.  

Anak pertama akak, selepas lahir Russhdi memang menyusu badan semasa dalam pantang.  Tapi bila akak gi kerja lepas pantang, kenalah bagi susu botol...bila akak balik barulah dia dapat susu badan lagi.

Bila akak dah berhenti kerja masa umur dia  6 bulan, memang bagi susu badan sampai umur 1 tahun lebih..bila dahmengandungkan Fridaus terpaksalah berhenti. 
 kredit pic : google
Bila umur 3 bulan dah mula makan nestum yang di campur susu DUMEX  , kalau nak ikut kata doktor, baby boleh makan bila umur 6 bulan.

Tapi bila mak akak yang jaga, bila 3 bulan mak dah campurkan nestum  dengan susu sebab baby ashik merengek ..tak kenyang.   Apa nak buat..redha ajerlah.

Kalau arwah mil,  baby kecik dah bagi tepung beras yang di masak campur  air dan gula...tak jadi hal pun.  Besar gak anak-anak beliau seramai 12 orang (ikut cerita mil) bila akak bising tak leh kasi baby makan apa-apa sebelum 6 bulan.

Bila dah besar sikit akak buat bubur nasi kisar campur kentang/lobak merah/bayam, akak suka tabur ikan bilis sangai yang telah ditumbuk.
Kisah Firdaus kat  SINI
Fridaus tak lama menyusu badan..baru 3 bulan dah mengandung semula..apa nak buat dah rezeki.  Menu sama macam anak pertama...minum susu DUMEX ajer.
 cerita Yana kat SINI
Yana sempat menyusu badan dalam 6 bulan...sebab air susu kurang, akak bagi susu DUMEX gak.  

Bila dah besar sikit  anak-anak suka sup..jadi menu yang akak selalu buat sup ikan, ayam ataupun daging yang di campur dengan ubi kentang.  Suap 3 orang sekali gus..senang sikit..taklah umah bersempah.
kisah IRA kat SINI
Masa Ira dan Imran kecil mak akak yang jaga selepas pantang sebab akak dah bekerja semula.  Ira dan Imran pun menyusu badan sampai umur 6 bulan tapi taklah sepenuh masa .. campur gak dengan susu botol.  
 
Kononnya nak gak bagi baby makan bila umur 6 bulan tapi mak akak yang jaga...dia campurkan dengan nestum juga.
 
Ira dan Imran kami beri susu Frisolac sebab kewangan dah stabil.
 cerita imran kat SINI
Imran dan Ira yang paling beruntung...dah rezeki mereka berdua.  Alhamdulliah Imran pun merasa gak susu badan sepanjang masa akak berpantang..masa kerja terpaksa mak kasi susu botol.  Nasib baik akak kerja separuh hari..bila balik ajer rumah, Imran nak gak susu badan.
Bubur nasi tu buat lagi tapi akak kadang kala
beli gak makanan dalam botol jenama Heinz..terutama 
bila gi jejalan jauh
 
Mereka berdua suka gak biskut ni..kadang-kadang akak hancurkan dengan susu buat sarapan..kadang-kadang mereka pegang sendiri..biskut ni sedap..anak yang besar kadang-kadang ngap gak.. 
Tapi bila dah berumur 2 tahun semua akak tukar susu nespray ajer (pic : google)...akak pun suka susu ni..sedap kan.

Orang kata minum susu mahal anak lebih berjaya cam dalam tv tu...tak juga kan.  Orang dulu-dulu bagi minum susu pekat (cam kami adik beradik sebab susu tepung mahal)..susu murah pun berjaya gak sampai ke luar negeri.  Setuju tak?

Syukur alhamdulliah mereka membesar dengan baik.

Seronok bila ingat balik kenangan lama ni..tak sedar masa cepat betul berlalu...anak sulung pun dah nak bernikah. Insyallah

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...