OOO

Memaparkan catatan dengan label susu soya yeo's.minuman yeo's. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label susu soya yeo's.minuman yeo's. Papar semua catatan

Selasa, Februari 11, 2014

Yeo’s Pilihanku

Mana ada ibubapa yang tak sayangkan anak-anak kerana anak
adalah anugerah yang terhebat untuk ibubapa. 

Juga menjadi amanah kepada kedua ibubapa untuk  membesarkannya sebaik yang mungkin supaya menjadi insan yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat.


Menjadi impian setiap ibubapa agar anak yang di kurniakan akan menjadi anak yang sihat, cerdik, cergas dan cerdas.  

Ibu-ibu selalu percaya jika anak-anak di beri pemakanan yang betul ia adalah kunci kepada kejayaan anak bila besar nanti.

Ibu juga akan memastikan anak mereka mendapat makanan yang berkhasiat demi perkembangan otak dan badan mereka.  

Makanan dan minuman yang di sediakan merupakan sumber zat yang penting bagi seluruh anggota keluarga dan ibulah yang memainkan peranan utama dalam menentukan hal ini.


 
Antara minuman yang selalu akak beli untuk seisi keluarga ialah minuman yang mempunyai pelbagai khasiat ialah  Yeo's.

Yeo's jenama yang tak perlu di perkenalkan lagi kepada kita semua.  Pelbagai produk yang telah di hasilkan dan menepati selera yang popular yang terdapat hampir di ke semua rumah kita bukan.

Mempunyai pelbagai perisa setiap satunya mempunyai pelbagai khasiat dan di perbuat dari bahan-bahan semulajadi.

Air teh Chrysanthemum Yeo's ataupun kami panggil teh bunga banyak khasiatnya kerana di percayai boleh menghapuskan bakteria dan menyejukkan badan termasuk boleh memulihkan demam selsema seta mencerahkan mata.


Selain itu boleh juga menghilangkan sakit tekak dan batuk dan kurang gula 40% dari biasa.

Manakala jika minum teh kundur Yeos's di percayai boleh menjadi penawar untuk demam panas.
Alangkah nyaman bila minum teh ais limau Yeo's bila cuaca terik terutama bila dapat yang sejuk yang paling penting tiada bahan pengawet dan selamat untuk diminum setiap hari.


Imran yang suka minum ice tea lemon sejuk terutama 
bila balik dari sekolah kerana tekak rasa haus. 


Yang paling akak dan anak-anak suka ialah susu  soya dari dulu kini dan selamanya kerana sepanjang akak mengandung memang akak mengamalkan minum susu soya kerana inginkan anak mempunyai kulit yang cerah.

Terutama masa mengandungkan anak pertama, pelbagai cerita yang akak dengar dari teman dan saudara mara, dengan mengamalkan minum susu kacang soya ia  akan memberikan pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita.

Masa mengandungkan anak pertama, sepanjang permulaan kehamilan, setiap pagi akak akan muntah dan tak lalu nak makan dan minum.

Jadi pilihan lain akak kenalah minum susu  soya kerana dapat memberikan tenaga dan baik untuk kesihatan diri sendiri dan juga yang paling penting untuk anak dalam kandungan.

Alhamdulliah sekarang ni menantu akak dah mengandung dan mengalami keadaan yang sama macam akak dulu.  Takut akak sebab dia tak selera makan, sebab bila makan ashik muntah. Risau akak dibuatnya sebab akak tau kalau tak boleh makan nanti akan menjejaskan diri dan juga kandungan beliau.  


Akak share pengalaman akak dengan dia dan suruh dia cuba minum susu soya jika tak lalu makan dan minum.  Alhamdulliah bila minum dia tak muntah dan sekarang ni dah jadi minuman kegemaran setiap hari.

Sampailah sekarang akak masih lagi mengamalkan minum susu soya  terutama sekarang ini dah ada pula susu soya hitam yang rasanya lebih kaw..kaw


Keluarga akak suka minum susu soya  yang dicampur dengan cincau terutama bila time nak berbuka puasa kerana boleh memberi tenaga yang kami perlukan setelah seharian berpuasa.

Kalau anda nak tau salah satu kebaikan minum susu soya  boleh melindungi tubuh badan  dari serangan penyakit kanser prostat, payudara dan osteoporosis.


Selain dari kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, manganese, magnesium, iron susu soya juga ada  fosforus serta kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.


Yang paling bagus sekali kerana susu soya mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein dan sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis. 

Tu sebab akak pilih jenama Yeo's sebab ada yang 'less sugar'.  Sesuai buat akak dan suami yang telah memasuki usia 5 series ni :)





Harganya pun berpatutan dan mampu di beli oleh semua orang dan paling penting sekali ianya 'HALAL' 

Jadi pastikan Yeo'  sentiasa  ada  di rumah anda.


 Masak Rendang Di Hari Raya

Dicicah Dengan Ketupat Palas 
Gelak Ketawa  Senyum Sentiasa
Hidup Riang & Ceria Dengan Yeo's


Akak dah cuba gak buat Puding Caramel menggunakan Susu Soya Yeo's...sedap tau.  Kalau tak percaya cuba buat pulak.

Resepi Puding Karamel Soya Yeo's


Bahan-bahan A
  • 2 cawan susu soya Yeo's
  • 3 biji telur grade B
  • 2 sudu teh tepung kastad
  • 1 sudu makan besar gula pasir
  • secubit garam
utk karamel/gula hangus: 
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air

Cara-cara

  1.  Masak gula pasir dalam periuk/kuali dengan  api sederhana sehingga perang dan cair, kacau selalu supaya gula tidak hangus.
  2. Bila gula dah cair, masukkan perlahan-lahan dari tepi periuk  1/2 cawan air dan kacau sebati.
  3. Masak sebentar dan sejukkan.  Masukkan karamel ke dalam 4-5 biji ramekin.
  4. Masukkan semua bahan  A kedalam bekas yang sesuai dan kacau sehingga sebati dengan menggunakan whisk sahaja.
  5. Pastikan semua bahan larut, tapis dan tuang dalam bekas ramekin dan kukus dalam 15 minit.
  6. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk,  terbalikkan dan bolehlah di hidangkan.

Oh yer..jangan lupa join contest ni yer

Jangan lupa terjah 



p/s Jika anda suka N3 akak ni 

silalah share di Facebook Haslina dan FP 'kakinakl.com dan g+ dibawah N ini.  Terima kasih akak ucapkan kepada yang sudi.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...