OOO

Memaparkan catatan dengan label telur dadar cencaluk sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label telur dadar cencaluk sedap. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 24, 2010

Telur Dadar Cencaluk

Dah pernah dah buat telur dadar cencaluk ni.  Orang Melaka kalau tak makan cencaluk rugi.  Walaupun semua anak dan suami  setakat ni tak sentuh, akak peduli apa.  Akak buat separuh ajer dari resepi di bawah.  Lagi separuh tak letak cencaluk.  Buat telur dadar biasa ajer.
Kali ni akak ambil dari  blog http://suejoshua.blogspot.com.  Terima kasih sue.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 6 biji telur
  • 2 s/b rata cencalok
  • 1 biji bawang besar - dihiris kecil *
  • 1 biji cili merah - dihiris nipis *
  • 1 biji cili hijau - dihiris nipis *
  • 1 tangkai daun bawang - dihiris *-tak letak
  • 6 s/b minyak sayuran
CARA-CARANYA:
  • Pecahkan telur dan masukkan kedalam mangkuk, pukul telur hingga rata, kemudian masukkan cencalok, kacau hingga sebati.
  • Masukkan pula bahan yang bertanda * kedalam mangkuk berisi telur dan cencalok tadi, kacau lagi hingga kesemua bahan rata.
  • Panaskan minyak didalam kuali non-stick, kemudian tuangkan telur, tutup sekejap permukaan kuali dengan penutup sehingga bahagian bawah telur masak, kemudian balikkan telur tadi, tutup semula permukaan kuali sehingga telur masak rata, hidangkan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...