OOO

Memaparkan catatan dengan label tentang Muzium Tentera Darat Port Dickson Negeri Sembilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tentang Muzium Tentera Darat Port Dickson Negeri Sembilan. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 08, 2013

Muzium Tentera Darat Port Dickson Negeri Sembilan

Assalammualaikum
Bila ke Port Dickson kami singgah di Muzium Tentera Port Dickson di Batu 4, berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA).   Pelbagai khazanah, artifak, koleksi dan peralatan ketenteraan di pamirkan di sini.

Muzium Tentera Darat , terletak di Batu 4, berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat. Ianya mudah dikunjungi kerana ianya terletak di jalan susur keluar Lebuhraya Seremban ke Teluk Kemang, kira-kira 7 km dari bandar Port Dickson merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia.
 
Ianya setanding dengan muzium-muzium tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini.
 
Imran memang bervangan nak jadi tentera..mungkin tertarik tenguk cara jalan, peralatan yang canggih yang selalu di pamirkan.  
Bila masuk ke Muzium ini, pengunjung akan teringat tentang perjuangan, keringat, darah dan nyawa serta air mata yang telah mereka curahkan untuk mempertahankan tanahair Malaysia.


Habis Imran terokai  tempat ni...termasuk masuk ke dalam terowong ..sayangnya tak ambil gambar kat dalam tu..akak tak larat nak ikut..janji tunggu kat satu tempat
Jet yang menjadi tumpuan
Ilham untuk menubuhkan Muzium Tentera Darat tercetus sejak tahun 1989 dan pada tahun 1999 Port Dickson telah di pilih untuk lokasi sempena dengan kelahiran Tentera Darat yang perta iaitu pada 1 Mac 1933.

Al fatihah buat arwah yang terkorban mempertahankan negara Malaysia tercinta.
Tapi biras yang pernah kerja tentera tak bagi langsung anak-anak buah menceburinya..tak tau lah kenapa?

Agak-agaknya kenapa ek ?

Tiada Bayaran Masuk Dikenakan  tau..kalau gi mandi laut di port dickson bolehlah gi ajak anak anak ke sini yer.

Alamat : Muzium Tentera Darat Kem Si Rusa, 
71050, Port Dickson, Negeri Sembilan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...