OOO

Memaparkan catatan dengan label thai herbal bali massage and balinese massage jari spa wangsa maju. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label thai herbal bali massage and balinese massage jari spa wangsa maju. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 11, 2012

Bestnya Massage Kat Jari Spa Wangsa Maju

 Semalam lepas fisio terapi kat hospital akak pergi ke Jari Spa di Wangsa Maju.  Akak beli pun sebab spa ni dekat area sini sajer..kalau jauh tak berbaloi nak pegi kan.

Langsung tak teringat ada beli kupon groupon bulan Mac lepas. Akak suka beli kupon yang akak rasakan berbaloi membelinya.  Nasib baiklah dorang hantar email minggu lepas  bagitau nak expire hari Jumaat ini.  Akak terus buat temu janji minggu lepas.
Cantik Spa ini..tema Bali.  Lagu pun lagu stail bali dan di penuhi dengan bau bauan rempah ratus yang melegakan segala-galanya.
 
Kena tunggu sini dahulu sebelum di panggil masuk kedalam bilik
Cuba tenguk tungku tu..cam tungku orang bersalin kan.  Akak ingatkan tungku tapi bila kat dalam akak tanya dengan tukang urut tu dia kata lat ni di panggil thai herbal ball dan di gunakan selepas selesai di urut dengan tangan yang di panggil Balinese Massage.   Bestnya.
Selepas menukar pakaian kaki akak di rendam dalam air panas selama lebih kurang 10-20 minit.  Boring aa duk dalam bilik sorang-sorang. 

Selepas itu bermula sessi mengurut menggunakan minyak serai secara Bali.  First time akak rasa urutan sebegini..memang terasa excited nak tau apakah yang akan di lakukan oleh tukang urut yang berasal dari Jakarta.

Fuhhyooo sakit juga tapi tahankan juga tak mengerang sebab nak bagi lembut urat-urat yang dah tegang terutama kat kaki..tapi akak tak bagi urut kat lutut belah kanan..kang pengsan kang.
 
Keseluruhan badan di urut dengan herbal ball..kat dalam herbal ball ni di letak rempah ratus yang terpilih dan dipanaskan dengan pengukus ini.  Mula-mula tungku di letak cepat di atas badan, kemudian selepas suam barulah di urut keseluruhan badan.

..lama kelamaan rasa terasa sedap pula...leganya sampai akak nak terlena.   Memang puas hati hati bermassage kat sini.  Memang nak datang lagi tapi kann
 
Tapi yang tak best bila beli kupon ni sebab bila selesai dorang  mesti  paksa beli package.  Itulah yang paling akak menyampah..macam paksaan pulak.  Kena bayar sekaligus pulak tu bayaran RM225 tu dan tak boleh buat ansuran..terencat akak nak massage lagi kat sini.

Walaupun  akak rasa  mampu nak membayarnya tapi takkan akak nak bagi sekali rap duit sebanyak itu.  Akak bagi tau akak tak ada kad kredit dan tak ada duit masa tu. Titik .

Tolonglah jangan buat begini kepada pelanggan nanti orang tak minat nak datang lagi.

p/s korang pernah terkena ker bila beli kupon camni..apakah yang korang buat untuk menepisnya..ceritalah nanti akak boleh gunakan trick yang sama.

 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...