Bila kita dah jadi seorang blogger....orang yang singgah kat blog kita terutama otai akan tau identiti blog kita itu. Ada beberapa kriteria yang mereka labelkan.
Antaranya ialah :-
Antaranya ialah :-
credit picture google image
1. Blogger copy paste
Selalunya mereka copy paste ajer kat web orang lain ataupun kat dalam suratkhabar online terutama bila ada kisah hangat. Yang paling senang cerita pasal artislah ataupun jika terjadinya kes yang melibatkan orang-orang ternama.
Bila buat kisah ni memang trafik akan tinggi tapi biasanya untuk 2 ataupun 3 hari dan paling lama seminggu.
2. Blogger Download
Tak kiralah blogger ni suka letak video cerita filem ataupun lagu. Yang buat selalunya blogger muda. Memang trafik tinggi sebab orang suka download filem yang kedabom dan lagu yang sedap.
3. Blogger Yang Ada Rupa, Gaya Dan Keunggulan
Selalunya blogger pempuanlah..yang cantik dan cun memang ramai followers dan tertarik nak jenguk blog mereka hari-hari. Tak di nafikan ada diantara mereka pandai menulis seperti Hanis Zalikha ..dahlah cantik jelita pastu pandai pulak dan mereka pandai memikat agar pembaca datang selalu ke blog mereka.
Ada yang tulis entah apa-apa tapi lebih suka letak gambar mereka sahaja dengan pelbagai gaya terutama mimik muka. Oleh sebab
mereka memang cantik jelita memang ramailah yang suka.
Ada yang tulis entah apa-apa tapi lebih suka letak gambar mereka sahaja dengan pelbagai gaya terutama mimik muka. Oleh sebab
mereka memang cantik jelita memang ramailah yang suka.
4. Blogger Cari Duit
Memang ada blogger menggunakan blog mereka untuk menjana pendapatan sampingan. Mereka memang bijaksana sehingga mereka boleh dapat menjana pendapatan sehingga beribu-ribu sebulan.
5. Blogger Suka Bercerita Tanpa Memikirkan Keuntungan (Blogger Curhat-curahan hati)
Blogger yang macamni pula akan meluahkan perasaan dalam blog mereka seolah-olah blog sebagai dairi kehidupan mereka.
Mereka akan mencatat kisah keluarga, berkongsi resepi, tentang kisah anak-anak dan juga kehidupan seharian. Mereka tak kisah tentang trafik dan nak jadi glamour.
Ada juga blogger yang berkongsi info tentang agama dan hal-hal berkaitan dunia dan akhirat.
Jika ada pembaca yang datang ke blog mereka dan bagi komen mereka akan merasa bangga dan happy sebab apa saja penulisan mereka akan di hargai.

Mereka lebih suka jika mendapat kenalan dari berbagai tempat dan share bermacam-macam cerita.
6. Blogger Low Profile
Penulisan mereka memang hebat tapi mereka tak tonjolkan identiti mereka sebab mereka lebih suka pembaca suka baca penulisan sahaja. Kita tidak akan tau macam mana rupa penulis tersebut.
7. Blogger Hiburan
Pernah jadi fenomena satu masa dulu bila banyak blogger yang cuba meniru gaya penulisan Beautifulnara dan Oh Bulan sehingga banyaklah blog yang ada Oh di awal nama blog itu. Setiap gambar dan cerita artis mereka akan muatkan sehingga boleh di katakan semua isi kandungan adalah sama. Kebanyakkannya mereka ambil dari blog kedua blogger fofolur ini.
8. Nak Panggil Blogger Apakah Ini?
Setiap penulisan melambangkan identiti seorang blogger tersebut. Kalau dalam blog mereka ashik mencarut, letak gambar entah apa-apa dan suka mengaibkan orang lain dan juga suka menggunakan bahasa kasar kita akan tau peribadi blogger tersebut. Betul tak?

Tepuk dada tanya selera sebab setiap orang memang mempunyai selera masing-masing. Korang pulak kategori yang mana?