OOO

Memaparkan catatan dengan label tips berblogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips berblogging. Papar semua catatan

Khamis, November 15, 2012

Sudah 4 Tahun


Sedar tak sedar dah 4 tahun akak berblog...patutnya 5hb. November yang lalu tapi di sebabkan banyak urusan langsung terlupa nak buat N3.



N3 pertama yang ringkas sungguh sebab akak masih tak pandai nak edit gambar..nak masukkan gambar.  Bila anak ajar, akak tulis semua dalam buku..ikut step by step.  Kalau lupa akak refer kat buku tu...semuanya akak belajar perlahan-lahan, macam siput berjalan.  

Sampai ada satu masa anak-anak naik boring nak ajar sebab akak lambat tangkap..al maklumlah umur dah 40..an mestilah otak lambat sikit.  Alhamdulliah akhirnya  sekarang ni akak dah pandai buat tu semua tapi bila tiba bab coding akak memang fening.




Tahun pertama cuma ada tak sampai 200 orang yang follow blog akak tapi sekarang ni alhamdulliah sekarang ni dah ada lebih dari 2000 follower.  Akak tak pernah paksa dorang follow blog akak dari dulu hingga sekarang...mereka dengan senang hati nak follow.  Akak tak suka dengan perkataan i follow u...u follow me.  Terima kasih kepada semua follower akak.  Sayang anda semua.


Hasil untuk tahun ke 2 dan tahun ke 3 berblog...tak banyak sangat BE..
jadi kena kumpul berbulan-bulan baru boleh cash out


Terbaik pada tahun ini

“Segala puji bagi Allah, yang telah memberi rezeki kepada ku dengan tiada daya dan kekuatan bagiku. Wahai Tuhan semoga Engkau berkati rezekiku.”

Hasil 4 tahun berblog..alhamdulliah ..bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan rezeki kepada hambamu ini.  

Akak ikut peribahasa 
Kalau Tak Pecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya.
Dimana Ada Kemahuan, Disitu Ada Jalan
Berusaha Tangga Kejayaan  

Jika akak boleh...insyallah anda juga boleh.

Selasa, Julai 24, 2012

Rezeki Di Awal Ramadhan

Assalammualaikum dan selamat berpuasa.

Syukur alhamdulliah.. rezeki yang di beri oleh Allah s.w.t.


Dek kerana ramai yang masuk ke blog akak ..sejak dari awal berpuasa


BE pun kencang...bolehlah di gunakan selepas raya nanti..P:)

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan semangat kepada akak selama ini..biarlah orang kata... dah tua pun nak berblog gak ker..ada akak kisah..janji blog akak tak mengumpat dan mengata orang udahlah.

Orang yang kenal akak tau akak macam mana..tak sangka pulak minat masak memasak dan share resepi ramai orang suka jenguk...agaknya kalau selalu main SEO lagi tangkap leleh kan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...