OOO

Memaparkan catatan dengan label udang galah masak lemak cili padi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label udang galah masak lemak cili padi. Papar semua catatan

Isnin, Januari 27, 2014

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Galah Dengan Cendawan Sisir

Assalammualaikum semua
Seronok betul bila terjumpa udang galah fresh nii..kita boleh pilih nak beli yang besar ataupun yang kecik.  Sayang gak tenguk yang kecik tu..baik di lepaskan balik bagi besar kan
Udang galah ni akak beli kat Bekenu lebih kurang 40-1jam (ikut kelajuan merempit) dari bandaraya Miri.  Akak beli 2kg RM110 hinggit...oklah tu kan..bukan senang nak jumpa
Pastu terjumpa pula cendawan sisir/kukur ni, maka terjadilah masakan ini, cendawan kena rendam dengan air bercampur garam pas toskan guna penapis.  
Ulang sebanyak 2 kali

Bahan-bahan
10-15 ekor udang galah
2 cawan santan pekat
3-4 cawan santan cair
10 -15 biji cili api (kalau nak pedas tambah lagi)
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai-titik hujung 
1 keping asam keping 
1 helai daun kunyit-di siat dan disimpul
garam secukup rasa

Bahan-bahan
1.  Bersihkan cendawan, rendam dengan garam, bilas 2-3 kali pastu toskan.  udang galah, buang sepit dan janggut, bilas dan toskan
2.   Tumbuk cili api, kunyit hidup, kunyit serbuk, halia dan sedikit garam sehingga lumat.
#Kalau malas kisar ajer dengan blender :)
3.  Masukkan semua bahan tumbuk serta serai dalam periuk, cendawan sisir dan santan cair.
4.  Biarkan mendidih dengan menggunakan api sederhana dan kacau selalu.
5.  Bila mendidih masukkan udang galah, santan pekat,  daun kunyit dan asam keping bersama sedikit garam.
6.  Bila mendidih sekali lagi perisakan dengan garam baru di padam api.

Hidangkan bersama nasi panas dan ikan masin/telur asin..pasti sodappp

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...