OOO

Memaparkan catatan dengan label vaseline/lotion/daphne king. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vaseline/lotion/daphne king. Papar semua catatan

Jumaat, September 24, 2010

Ya be da be du..terima kasih nuffnang (Vaseline punya event)

 Memang akak tertunggu-tunggu event best dari nuffnang ni..dari bulan lepas akak berkobar-kobar hantar N3 sebab nak jumpa Yuna...bestnya..

Tak menang pun tak per...janji dapat jumpa blogger pada hari tersebut.

Dear Nuffnanger,

You're cordially invited to the Celebration of Amazing Skin with Vaseline Party happening on;

Date: 2 October 2010 (Saturday)
Time: 5 pm - 9 pm
Venue: Luna Bar (click here to view map)

A pair of invites have been reserved under your name and email address. Kindly RSVP to vaseline@nuffnang.com to confirm your attendance by 12pm on 27 September 2010 (Monday).
 
It's time to go shopping for elegant party dresses/suits, if you don't already have an outfit in mind! You have four colours to choose from - green, yellow, pink, or white - so it shouldn't be to hard to find the perfect outfit ;)

We look forward to receiving your confirmation email!


p/s alahai kena check ada ker idak baju warna yang ditetapkan ada ker idak? Kalau idak kenalah beli baju baru.

Jangan lupa kita sape dapat joint kita laga-laga pipi yer (Pempuan jer tau)..lelaki kita ambil gambar udahlah

Selasa, Ogos 31, 2010

" Are You Moist Enough? "

 Kulit anda merasa kering?  Inginkan kulit lembab seperti kulit bayi.  Jawapan kepada masalah ini ada jawapannya.  Losyen Vaseline adalah penyelesaiannya.


Vaseline telah melancarkan empat losyen yang baru iaitu total moisture, intensive rescue, aloe cool and fresh dan healthy white untuk keperluan kulit yang berbeza.  


Setiap orang mempunyai masalah kulit yang berbeza, jadi Vaseline telah mencipta losyen yang berbeza dan di rumus khas untuk melindungi kulit kita supaya lembab selalu.
  • Losen lembap Total Moisture dilengkapkan dengan vitamin E, kacang soya dan oat yang melembap setiap lapisan kulit dan menjadikan kulit halus, lembut dan sihat.

Bagi Intensive Rescue pula mengandungi glycerin yang serta-merta memberikan kelembapan pada sepanjang hari. Formula ini membantu memulihkan kulit kering.

Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan daun lidah buaya dan timun yang menjadikan kulit lembut dan bersinar sambil melembap.


Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan perlindungan cahaya matahari yang mengembalikan kecantikan kulit.

Kenapa perlu  ada  Vaseline di setiap rumah?
Kerana Vaseline boleh melindungi kulit selama 24 jam supaya  keseluruhan kulit yang kering akan menjadi lembab dan sehat.
Bila sudah berusia barulah akak terasa  rugi kerana tidak menghargai kulit akak sebab akak mengabaikan penjagaan kulit cuma pentingkan kecantikkan muka sahaja.

ABOUT VASELINE
Pertama sekali dihasilkan pada 1870, Vaseline adalah salah satu produk Unilever yang paling terulung dan kini terus menjadi jenama yang sinonim dengan penjagaan dan pelembapan. 

Hari ini, Vaseline merupakan barangan penjagaan kulit yang dipercayai dan terulung, menjadikannya salah satu produk pasraan global yang terunggul. Vaseline boleh didapati di lebih 90 negara seluruh dunia dan merupakan produk Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, jenama bagi kebanyakan barang-barang rumah di Malaysia.

Kenapa  Vaseline jadi pilihan ?
Pertama kali di hasilkan pada tahun 1870, Vaseline merupakan salah satu produk Unilever yang paling terulung dan kini terus menjadi jenama yang sinonim dengan penjagaan dan pelembapan.  

Wah lama kan Vaseline bertahan di pasaran selama 130 tahun dan ini telah terbuktiVaseline merupakan jenama yang bermutu dan boleh di percayai dan telah di gunakan seluruh dunia sejak dari dahulu lagi.
Sebab itu wanita wajib menggunakannya agar kulit kita merasa lembab sentiasa kerana masa muda tidak akan berulang kembali. 

Janganlah di abaikan keperluan kulit kita. Hargailah kulit kita dan pastikan kulit kita sentiasa lembab dengan Vaseline.
Bukan ajer akak  gunakan Vaseline tau.. suami dan anak-anak  pun menggunakannya terutama bila cuaca panas sebelum keluar dari rumah.
Sebab cuaca kering memang boleh mengeringkan kulit dan setelah di sapu vaseline kulit tetap lembab.


Kami bukan sahaja menggunakan vaseline di tangan dan kaki tetapi menyapunya ke seluruh anggota badan.
Di rumah juga kita patut menggunakan vaseline kerana kulit orang dewasa  dan tidak terlambat untuk menggunakannya secara harian untuk memaksimumkan kulit anda sebelum ia menjadi kering sebelum tiba masanya.

Bila di pejabat memang patut menggunakan Vaseline kerana hawa dari pendingin udara memang boleh mengeringkan kulit dan bila menggunakan Vaseline kulit menjadi lembab dan ianya boleh melindungi kulit sepanjang hari.
 Jadi hargailah kulit anda sebelum kulit anda mengalami proses penuaan yang biasanya bermula di leher dan di tangan.  
Gunakan setiap kali , setiap hari dan setiap masa.  Jangan menyesal yer bila kulit tidak di rawat dengan sempurna ia akan menjadikan kulit kita menjadi kering seperti daun yang gugur kekeringan.  Untuk mengelakkannya  gunakan  Vaseline sekerap yang mungkin.
Vaseline...dulu...kini dan selamanya. Memang sesuai untuk di sapu ke seluruh anggota badan setiap hari.

Dapatkan Vaseline hari ini juga.

Isnin, Jun 28, 2010

Cakap-cakap pasal vaseline dengan Daphne King di Villa Manja


Masa pergi ke pelancaran Vaseline di Villa Manja, Jalan Tun Razak,
kami semua di beri kesempatan melihat tempat spa ni.

Terpegun bila masuk ke dalam Villa Manja ni...cantiklah..lepas di jamu makan dan minum kami di beri kesempatan untuk sessi urut...bestnya dapat massage kat leher dan bahu lega...tukang urut cuma 3 orang..tetamu ramai...jadi kenalah ikut giliran
 Masa sessi cakap-cakap mengenai vaseline, Daphne bercerita tentang saat beliau melahirkan anak dan ianya  merupakan perkara yang tidak dapat dilupakan seumur hidup sebagai seorang  wanita.  Walaupun beliau tidak melahirkan anak secara normal dan melalui pembedahan namun ia masih merupakan kenangan yang tidak akan di lupakan seumur hidup.

Walaupun parut kerana pembedahan meninggalkan  kenangan yang sedih, tetapi dengan parut itu ialah bukti  yang beliau pernah menjadi seorang ibu.  Sekarang beliau telah pun  menjadi ibu tunggal ,  tetapi beliau masih dapat merasai perasaan bahagia apabila di kurniakan seorang cahayamata.

Dalam pada itu, Vaseline yang baru sahaja melancarkan losen kekal lama dengan memastikan kulit lembap dan sihat sudah pun berada di pasaran.


“Parut di perut saya selepas pembedahan melahirkan anak adalah kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Ia tidak meninggalkan kenangan buruk tetapi ia menjadi satu memori yang sangat indah sebagai ibu. Namun, sebagai seorang wanita, saya juga mahu memiliki kulit yang lembut dan halus,” ujarnya lagi

Setiap kali  Daphne melihat anak perempuannya, dia teringin memiliki kulit licin dan lembut seperti itu.

Daphne  berpendapat, dia perlu menjaga kulitnya seperti mana dia memelihara kesihatan diri pada usia 30-an.

Baginya, ia merupakan pakej lengkap bagi seorang wanita berasa yakin walaupun ditimpa pelbagai masalah.Berkongsi rahsia memiliki kulit sihat dan cantik, sejak dari dulu lagi dia menggunakan produk semula jadi.
Selain memastikan kulit wajah dan badan sihat, ia memastikan Daphne tidak berhadapan dengan keadaan sensitif dan gatal-gatal.
Mungkin tidak ramai tahu, Daphne sering ditemani ubat alergi ke mana sahaja. Baginya, dia sering berhati-hati tentang pemakanan dan penggunaan produk kerana punca alergi pada kulitnya tidak dapat dipastikan doktor.

Ditanya tentang keadaan parut pada perutnya selepas pembedahan, ia beransur hilang dan lembut. Katanya, dengan penggunaan losen yang kerap seperti Vaseline, keadaan parut tersebut semakin pulih.
 “Seorang wanita perlu memastikan keadaan kulit sentiasa lembap kerana kita tidak boleh mengembalikan masa dulu. Jika 20 tahun dahulu, kulit saya masih cantik dan baik tetapi sekarang terdapat perubahan warna dan keadaan. Jika daripada awal lagi kita boleh menjaga kulit, ia akan kekal muda sepanjang masa,” jelasnya.


Kat Villa Manja ni ada macam-macam pakej yang di sediakan....tempat merehatkan minda..
akak tak tahu berapa harga setiap pakej..
tapi boleh rujuk ke laman web Villa Manja
nanti bila akak pergi kesana sebab dapat voucher percuma..
akak ceritakanlah kat sini yer..tapi entah bila nak pergi tak tahulah.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...