Oleh kerana kami akan bertolak semula ke Jakarta pada pukul 6.00 petang (kat sana cepat 1 jam dari Malaysia) adalah masa kami nak jalan-jalan di sekitar bandar . Cadang nak cari baju buatan batik dan cenderamata. Kami tak ambil pemandu hari ni. Kami naik teksi dari hotel dan di bawa ke sekeliling pusat bandar termasuk ke Universiti GadjahMada yang terkenal tu. Pasangan N dan L keluar berasingan. Tak tahulah mereka nak kemana...akak malas nak tanya...
Macam nilah suasana di Pasar Beringharjo.....macam-macam ada.........
Di Pasar Beringharjo di Jalan Malioboro...kami beli cenderahati seperti t-shirt, baju batik, topi dan segala macam barang dari batik. Di sini kena pandai tawar menawar..suami akaklah yang menawar tu....akak tak pandai. Suami akak beli baju batik untuk diri sendiri dan 3 orang anak lelaki. Yang perempuan akak belikan t-shirt. Suami akak beli juga topi jawa tu..di panggil belangkon...pastu sedikit cenderahati.
Ni jugak salah satu pemandangan kedai makan (lesehan) yang banyak terdapat dijalan-jalan utama di yogyakarta ni...........kalau nak makan burung dara (puyuh) atau pecal lele (ikan keli)memang banyak...........minuman dalam botol tu di panggil teh botol.............tapi ni ada di waktu malam aje........masa makan adalah pengamen (org minta sedekah tapi dengan cara terhormat selalunya dia orang nyanyi lagu sambil bermain gitar)bagi ajelah upah dalam Rp5,000 (RM2.00)..
Jadi nilah makanan kami tengahari tu...makan dengan nasi dengan ayam kampung bakar.Mcm nilah lebihkurang makanan kami hari tu......air pulak minum air suam..takut...pasal petang nanti dalam keretapi ... takut cirit birit. Ada yang beli bawak balik gudeg ni ke jakarta..dimasukkan kedalam pasu tanah.........
Dalam pukul 2.00 akak anak beranak dah tunggu kat lobby hotel....nampak pasangan ni baru balik....kelam kabutlah di buatnya.....nasib baik mereka dah kemas barang dia orang....cuma nak bersihkan anak yang kecil tu............janji dengan pemandu di hotel suruh hantar ke stesyen keretapi tugu tu...........
Lepas tu beli pulak geplak yang di perbuat dari kelapa kering dan gula dan di bubuh pewarna.Geplak ni memang manis rasa dia....kat malaysia ada jugak geplak ni..lupa lak apa namanya.
Setelah membeli bakphia pathuk dan geplak, kami dihantar ke stesyen keretapi Tugu. Oleh kerana masa banyak lagi...kami menunggu aje kat stesyen ni.....
Bila dah pukul 5.00 petang...perut pun dah lapar...kami makan nasi goreng aje di kedai makan yang ada di stesyen ni.....
Dalam pukul 6.00 petang, kereta api pun sampai dan bermulalah perjalanan pulang semula ke Jakarta........nasib baik tempat duduk bernombor............jadi tak payahlah nak berebut-rebut..Bila naik keretapi ni...kami terperanjat..........nama aje koc bisnes....ingatkan tempat duduk macam naik bas transnational tu.....tapi tempat duduk macam zaman 80..an di malaysia..ala kerusi yang di perbuat dari kayu dan di salut dengan plastik hijau tu dan boleh di tukarke dua hala......kalau ke selatan boleh di tolak ke selatan...........(teringat masa zaman persekolahan dulu).....dahlah tingkap susah nak diturunkan......pastu panaslah pulak..........nak buat macam mana.........terima ajelah..............kesian anak kecil pasangan N dan L tu...bila tidur ashik terjaga pasal tak selesa........
Setiap kali berhenti distesyen...menyerbulah peniaga yang menjual air kopilah, mee segeralah...macam naik keretapi zaman 80..an dululah.............lepas tu banyaklah pulak pengamen (peminta sedekah)...tension betul di buatnya........bayangkan perjalanan sepanjang 8 jam tu..........berapa banyak peminta sedekah.............akak buat taktik........bila ada aje dia orang akak pura-pura tidur.............kebetulan di salah satu stesyen tu naiklah orang yang jual kipas yang di perbuat dari buluh.........alhamdulliah.....suami beli 3 dan pasangan N dan L pun beli 3....nak tahu harganya Rp2,000 (RM0.70) tu pun suami akak tawar...dapat pulak tu...dalam RM0.50 sen satu...........dah ada kipas...bestlah sikit.....dapatlah digunakan sepanjang perjalanan.....(akak seriklah nak naik lagi keretapi bisnes ni lagi...........bukan nak berlagak.........tapi tak sesuailah)
Jika orang yang sukakan suasana relax dan minat dengan sejarah...memang sesuai ke sini...makanan, hotel dan cenderahati memang murah sangat....tapi hati-hati dengan beg tangan dan dompet kerana banyak pick pocket dan banyak jugak peminta sedekah.......sekarang ni dah senang nak ke sini ...........kerana air asia ada buat penerbangan terus ke sini........kalau orang yang suka shopping gilah ke bandung dan jakarta.....
Bilalah lagi nak gi lagi ni............

Tiada ulasan:
Catat Ulasan